Alhamdullilah, Saya turut menerima banyak SMS daripada Orangramai yang menyatakan rasa Syukur diatas Keputusan Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir adalah Sah Menteri Besar Perak.
Mereka juga turut mengucapkan Tahniah sambil berdoa semoga Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Zambery akan terus membawa Kemajuan untuk rakyat Perak.
Ada juga yang menyatakan mereka akan mengadakan majlis kesyukuran diatas kemenangan Dr Zambery itu.
Ternyata mereka yang menghantar SMS itu bukan hendak mendabik dada diatas kemenangan Dr Zambery dan BN Perak berhubung dengan Isu Menteri Besar itu, tetapi semata-mata hanya ingin menyatakan rasa syukur kerana kemelut Politik yang berpanjangan itu akhirnya telah sampai ke penghujung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Mereka juga mendoakan agar Kerajaan Negeri Pimpinan Dr Zambery bukan sahaja kini boleh menumpukan kepada program pembangunan, tetapi juga Negeri Perak akan terus Maju, Aman dan Sejahtera.
Mereka juga menyeru agar Pembangkang menerima keputusan Mahkamah itu dengan hati yang terbuka.
Kemelut Politik yang berpanjangan semenjak Pilihanraya Umum Mac 2008 lagi telah banyak merugikan.
10 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment