11 February 2010
ADUN BN Perak Sepakat Menolak Sebarang Syarat Pembangkang Bekerjasama
ADUN-ADUN Barisan Nasional Perak sepakat menolak sebarang syarat dikenakan oleh Pembangkang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.
Jika mereka ikhlas membangunkan Negeri kenapa harus diletakan syarat? Kata Saya ketika berucap di majlis penyampaian Ang Pow sempena sambutan Tahun Baru Cina DUN Kubu Gajah di Dewan Majlis Daerah, Redang Panjang petang tadi.
Rakyat sebenarnya sudah naik bosan dan jemu dengan kerenah Pembangkang yang tidak habis-habis menimbulkan masalah.
Mahkamah Persekutuan telahpun membuat keputusan mengesahkan Dr Zambery adalah Menteri Besar Perak.
Saya juga meminta rakyat agar menolak sebarang bentuk politk berdendam dan benci membenci, sebaliknya berkerjasma dan saling sokong dan menyokong adalah semangat yang terbaik bagi menjamin Perpaduan dan Kesejahteraan.
ADUN-ADUN berdiri teguh di belakang Dr Zambery dalam menjamin Pentadbiran BN Negeri yang cekap, bersih dan beramanah sebagai teras membawa perubahan dan kemajuan.
Berilah ruang kepada Dr Zambery untuk terus membawa kemajuan dan menjadikan Negeri Perak Amanjaya dan rakyat hidup dalam suasana stabil dalam konteks politik dan ekonomi.
Tetapi, jika Pembangkang masih bersikap negatif, siapa pun yang mengetuai Kerajaan Negeri akan tetap menghadapi masalah untuk memandu sebuah jentera Kerajaan yang baik.
Saya juga mengingatkan tentang padah jika politik perkauman terus dibiarkan berkembang dan rakyat harus menolaknya mentah-mentah.
Sambil mengucapkan Kong Xe Fatt Chai, Saya juga berharap sambutan kali ini merialisasikan lagi 1 Malaysia rakyat berbilang bangsa di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pemimpn Komponen BN, Ketua-Ketua Kampung dan Cawangan DUN Kubu Gajah serta Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi bin Ghazali, Saya juga sempat berbual mesra dan bertanya khabar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment