Template by:
Free Blog Templates

10 February 2010

Tolak Politik Berdendam, BN Utamakan Perpaduan

Kenapa perlu berdendam? terimalah hakikat. Undang-Undang telah menentukan segala-galanya. Cukuplah, sudah lebih dua tahun, rakyat Perak rugi gara-gara kemelut politik disebabkan berebut Kerusi Menteri Besar.

Semalam, Selasa sah sudah Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Pihak Pembangkang perlulah menghormati keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan tidak perlulah lagi mendesak DUN di bubarkan.

Perlantikan Dr Zambery, yang juga ADUN Pangkor yang diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah sah dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Keputusan Mahkamah itu juga secara tidak langsung menterjemahkan kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan.

Ia juga mengajar kita untuk menghormati Institusi tersebut yang cukup penting dalam Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi ini.

Proses Perundangan berdasarkan Suara Majoriti dan Barisan Nasional (BN) kini memilikkinya maka, merekalah yang berhak mentadbir Kerajaan Negeri.

Begitupun, sambil kita mengharapkan agar Pembangkang memberi kerjasama dalam membangunkan Negeri Perak, Saya sebagai sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan BN Negeri, berharap rakan-rakan yang lain terus berdiri teguh di belakang Dr Zambery.

Saya juga berharap agar dielakan sebarang pergesaran sesama sendiri kerana jika ini dibiarkan ia akan hanya membuka ruang kepada lawan untuk mengambil kesempatan bagi melemahkannya.

Hormatilah dianara satu dengan yang lain dan elakanlah sebarang perpecahan, mulai sekarang utamakanlah perpaduan sebagai kunci kekuatan UMNO dan BN Perak dalam menerajui Kerajaan Negeri.

0 comments: