Template by:
Free Blog Templates

7 February 2010

Mohon Restu

Alhamdullilah, ramai yang mengadakan solat hajat berjemaah menadah tangan ke hadrat Allah S.W.T. mohon agar kempimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir terus diberikan perlindungan dan Negeri ini berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Semalam genap setahun Dr Zambery memimpin Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak selepas mengambil alih daripada Pakatan Pembangkang.

Selain majlis kesyukuran dan solat hajat di Kediaman Menteri Besar, UMNO Bahagian dan Cawangan serta orangramai turut mengadakan majlis yang sama bagi mohon keredaan Allah untuk terus memberi pertunjuk kepada Kerajaan BN dalam membangun dan memajukan Negeri Perak.

Perak sekali lagi menjadi tumpuan berikutan keputusan Mahkamah berhubung dengan isu Menteri Besar pada hari Selasa ini.

Beberapa program lain turut diadakan sempena dengan sambutan setahun Dr Zambery menjadi Menteri Besar termasuk lintas langsung wawancara beliau oleh RTM dan perbincangan mengenai Kerajaan BN dalam memperjuang dan membela nasib rakyat.

Semenjak mengambil alih kepimpinan Negeri Perak, Dr Zambery yang juga ADUN Pangkor amat disenanggi oleh semua pihak kerana sikap bersehaja beliau dan mudah didekati oleh siapa sahaja.

Mudah-mudahan, sikap beliau itu akan tersua menyemarakan lagi usaha menjadikan Negeri Perak sebagai Negeri aman jaya dan berwawasan.

0 comments: