Apah kah Pembangunan Koridor Wilayah Utara masih releven? Tidak dinafikan ianya dirancang sebelum Pilihanraya Umum 2008 dan dilulus di Parlimen.
Disebabkan Koridor Utara inilah, Barisan Nasional (BN) barangkali kalah di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, tanya seorang jurucakap yang hadir di taklimat khas dan dailog yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.
Begitupun di kesempatan majlis tersebut yang dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO Bahagian di Negeri-Negeri sebelah Utara, mengharapkan Program Pembangunan Koridor Wilayah Utara itu akan memberi nafas baru selepas berlaku rombakan dalam pengurusan perlaksananya, baru-baru ini.
Kerajaan telah melantik Ketua Esekutif (CEO) Pembangunan Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq dan beliau telah mengadakan majlis taklimat dan dailog bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang terlibat yang dianjurkan oleh Penasihat Khasnya, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Lebih dua tahun berlalu, tetapi masih belum nampak apa-apa kesan yang membanggakan. Demikianlah rungutan rata-rata mereka yang hadir.
Di Perak kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat Pembangunan Koridor Utara itu ialah Larut, Gerik, Lenggong, Taiping, Bukit Gantang dan Kuala Kangsar dalam program Pertanian, Ternakan dan Perikanan.
Pelancaran besar-besaran telahpun diadakan di Parlimen Bagan Serai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan harapan ia memebri sinar baru kepada kawasan-kawasan luar bandar yang masih mundur dan mempunyai ramai bilangan penduduk miskin.
Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri di Negeri-Negeri sebelah Utara Semenanjung adalah anggota Lembaga Pengarahnya.
Selepas majlis taklimat dan dailog itu, Redza Rafiq dan pasukan pelaksananya diminta agar pandangan dan peluang penyertaan penduduk tempatan janganlah diketepikan begitu sahaja.
Mereka harus ambi kira pengorbanan rakyat yang berhasrat memilikki tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan tersebut sebelum ini, tetapi tidak berpeluang kerana Kerajaan ingin melaksanakan program pembanguna Wilayah Utara.
24 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
akm...
dato..
saya suka northen corridor economy region (NCER) di teruskan, kerana dengan ada nya koridor utara harapan untuk kawasan kita maju kedepan adalah cerah.
Kawasan Larut boleh mintak di jadikan pusat pendidikan, ini kerana saya di fahamkan bahawa kawasan perak utara akan di jadikan pusat melahirkan "Modal Insan".
Orang kampung tidak sukar untuk beranak ramai, lagi pon tempat kita selalu hujan dan cuaca mengizinkan untuk aktiviti menghasilkan anak. Tetapi dato kita amat perlu melahirkan anak (modal insan) yang berkualiti.
Untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti "Pendidikan" adalah amat perlu.
Atas alasan kita di pilih sebagai pusat melahirkan modal insan, Maka kita di kawasan Perak Utara patut meminta universiti, insitusi latihan kemahiran,politeknik, mara college, sekolah berkualiti tinggi (SBT)dan lain-lain yg berkaitan untuk di dirikan di tempat kita.
dalam majlis taklimat dan dailog yang diadakan baru-baru ini, diharap team baru pelaksana koridor utara akan turut mengambil pandangan daripada kepimpinan tempatan. saya sendiri telah mencadangkan agar pusat ternakan negara di pondok tanjung dijadkan institut latihan veterina nasional.
dalam majlis taklimat dan dailog yang diadakan baru-baru ini, diharap team baru pelaksana koridor utara akan turut mengambil pandangan daripada kepimpinan tempatan. saya sendiri telah mencadangkan agar pusat ternakan negara di pondok tanjung dijadkan institut latihan veterina nasional.
dalam majlis taklimat dan dailog yang diadakan baru-baru ini, diharap team baru pelaksana koridor utara akan turut mengambil pandangan daripada kepimpinan tempatan. saya sendiri telah mencadangkan agar pusat ternakan negara di pondok tanjung dijadkan institut latihan veterina nasional.
Salam YB Dato'
Sehingga ke hari dan saat ini memang saya merasa sangat frust dengan keputus PRU 12. Kononnya itulah masanya rakyat Malaysia telah mula menggunakan hak bersuara dengan memberikan keputusan yang dikira dapat mengubah nasib dan masa depan, tapi bila tengok keadaan yang kacau bilau sekarang dan sesetengah dari mereka sudah sangat besar kepala barulah kesal tak sudah. Komen saya, pastinya bukan Koridor Utara yang menjadi penyebabnya untuk kekalahan yang sebegitu rupa tetapi kerana cuba untuk mencari angin perubahan yang akhirnya memakan diri sendiri. Dari laporan-laporan di akhbar-akhbar akhir-akhir ini, bagi saya Koridor Utara adalah satu inisiatif kerajaan yang boleh dimanfaatkan secara terus oleh golongan masyarakat kampung terutamanya... Mak Bidan
Post a Comment