Template by:
Free Blog Templates

10 February 2010

Jasa Yang Lama Tetap diKenang










Ketika berada di Felda, Ijok petang tadi, Saya melawat beberapa orang peneroka yang, terlantar sakit di rumah mereka.

Mereka ialah Haji Razali Osman, 78 tahun yang berkerusi roda, Mohd Daud Wahab, 67 tahun yang mengalami sakit kencing manis dan Talib razali, 55 tahun sakit stroke.

Ketika sihat, mereka ini cukup aktif dalam kegiatan kemasyarakatan Felda. Yang mengharukan Saya ialah mereka ini masih dapat mengenali Saya sebagai Wakil Rakyat mreka dan begitu terharu dengan kunjungan Saya dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman serta beberapa orang JKKK yang lain.

Dalam pertemuan itu, Saya sempat bertanya khabar dengan mereka yang masih nengambil tahu mengenai hal ehwal semasa dan kedaan di Felda.

Saya juga singgah untuk bertanya khabar dengan beberapa orang penduduk yang sedang berlepak dan berbual kosong di laman masuk ke tanah rancangan tersebut.

0 comments: