18 February 2010
Bantuan Otomatis kepada Warga Emas Yang Uzur?
Barangkali sudah tiba masanya semua Warga Emas yang uzur diberikan bantuan membiyai perubatan mereka secara otomatis sebaik mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya timbulkan perkara ini kerana ada di kalangan mereka walaupun sudah membuat permohonan, tetapi masih ada yang gagal mendapat bantuan. Yang menyedihkan lagi ada yang sampai meninggal dunia, menunggu bantuan tersebut.
Saya amat simpati dengan mereka sewaktu membuat lawatan. Hari ini, Saya sendiri melawat pasangan Warga Emas, Ahmad bin Bidin, 82 dan isteri Rabiah binti Hamid, 74 tahun,, selain Aishah buinti Haji Hashim, 82 tahun dan Saadiah binti Taib, 81 tahun di Felda, Ijok.
Malah, Puan Rabiah, menitis air mata, terharu melihat kedatangan Saya sanbil sempat mengucapkan Terima kasih.
Saya berharap cadangan ini mendapat pertimbangan dan perhatian serious daripada Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil yang amat perihatin dengan masalah kebajikan rakyat hinggakan pernah mengingatkan kepada Jabatan berkenaan supaya memproses dan meluluskan setiap permohonan itu dalam tempuh dua minggu.
Yang menyedihkan bila melihat warga emas yang uzur dan tinggal sebatang kara, tanpa pemerhatian oleh sanak saudara.
Saya berharap Jabatan Kebajikan dalam memproses permohonan warga emas ini janganlah terlalu mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang tiada sebarang pendapatan.
Saya menerima banyak rungutan daripda pemohon yang bukan sahaja mengenai kelewatan jawapan, tetapi cara penilaian pemilihan permohonan yang dilaksanakan.
Ada yang sepatut dapat bantuan, tetapi tercicir manakala mereka yang mampu, tetapi diberikan keutamaan, Mereka berharap tindakan segera diamil bagi mengkaji semula cara penilaian permohonan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya setuju dengan cadangan Dato Seri. Pun begitu pastikan betul-betul penerima bantuan tersebut adalah mereka yang layak kerana ada juga di kalangan anak-anak yang berkemampuan sengaja mahu meminta bantuan untuk menyara ibu bapa mereka. Rasa dengki dengan apa yang orang lain dapat. Malahan mereka inilah yang selalu menyalahkan kerajaan. Teruskan usaha Dato Seri ini hingga ke PRU 13. Dato Seri telah banyak membuat perubahan. Biar apa orang nak kata. Hanya Allah yang tahu segalanya.
terima kasih atas sokongan dan pandangan. insyallah kita akan terus perjuangkan nasib rakyat bangsa, agama dan negara. jasa yang lama jangan kita lupa, mereka juga pernah berbakti.
Post a Comment