1 February 2010
Bloggers Penting Dalam Memajukan Negara
Kemudahan WIFi harus disediakan di semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan orangramai terutamanya remaja menggunakan Internet.
Saya berkata demikian ketika merujuk kepada rumusan bengkel media baru anjuran Sekretariat media baru UMNO Perak di bangunan UMNO Negeri di Ipoh.
Datuk Abdul Kadir Jasin dan Datuk Rosnah Majid adalah ahli panel yang membentangkan kertas pembincangan masing-masing di bengkel dua hari itu yang bermula petang Jumaat lalu dan dihadiri kira-kira 120 orang termasuk bloggers dari seluruh Negara.
Penggendali laman blog semua Bahagian UMNO juga akan diberi kursus khas selain tindakan susulan keatas para perserta yang hadir di bengkel tersebut. Kursus ini barangkali akan diadakan selepas sambutan tahun Baru China, bergantung kepada tempat.
Para peserta begitu serious dalam memberi pendapat dan pandangan mereka di bengkel yang diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di kediaman beliau.
Dr Zambery yang merupakan Penasihat kepada Sekretariat Media Baru berharap pelancaran laman web UMNO Perak dan Blog Bahagian serta TV UMNO akan menjadi penggerakan ke arah merialisasikan lagi perjunagan UMNO untuk membela nasib Bangsa, Agama dan Tanahair.
Amat merugikan jika UMNO dan BN sendiri tidak menfaatkan segala kemudahan Internet itu sendiri yang Kerjaaan BN yang telah memperjuangkan dan memajukan Dunia Siber di Negara ini.
Penggunaan laman web dan blog ini semakin penting dan semua pihak terutamanya Pemimpin BN harus menjadikannya sebagai keutamaan untuk memberi maklumat kepada orang ramai, sekalipun media arus perdana tetap menjadi perhatian ramai.
UMNO wajar menggunakan kemudahan Internet untuk memperkasakan perjunagan Parti kerana kemudahan Internet dan IT ini adalah yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN itu sendiri.
Saya juga mengucapkan terima kasih keapda semua Jawatankuasa Sekretariat Media Baru UMNO Perak dan mereka yang lain yang turut terllibat dalam menjayakan program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment