Template by:
Free Blog Templates

8 February 2010

Kubu Gajah Dalam Peta Kemajuan Perak

Alhamdullilah, atas desakan dan pandangan yang sering dilontarkan, akhirnya usaha untuk memajukan Kubu Gajah kini dalam perancangan serious Majlis Daerah Selama (MDS).

Satu Mesyuarat bagi membincangkan program pembangunan Kubu Gajah akan diadakan pada hari Khamis ini di MDS yang akan dipengerusikan oleh Yang diPertuanya,Haji Yusof. Saya turut dijemput dalam mesyuarat tersebut yang pertama kali diadakan selepas setahun Barisan Nasional(BN) mengambil alih Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Saya sendiri telah meminta dalam Mesyuarat Tindakan Daerah (MTD) yang dipengerusikan oleh Datuk Mahmud Murshdi agar diadakan satu Pelan Induk bagi membangun dan memajukan DUN Kubu Gajah yang agak ketinggalan.

Dalam hubungan ini, MDS turut memainkan peranan penting kerana Kubu Gajah juga terletak dibawah wilayah jagaan Pihak Berkuasa Tempatan Selama.

Saya sendiri akan membangkitkan beberapa perkara penting yang perlu diberikan keutamaan dalam mesyuarat tersebut nanti.

0 comments: