Template by:
Free Blog Templates

14 February 2010

Khutubah Bukan Untuk Berpolitik

Ramai yang kecewa dan tidak berpuashati kerana masih berlaku teks khutubah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama tidak dibaca oleh Imam di Negeri Perak.

Mereka masih tidak indah arahan yang dikeluarkan. Menyedihkan lagi ada yang menghentam Pentadbiran Kerajaan dengan tanpa sebab.

Seorang Ketua Cawangan UMNO merungut dan kecewa dengan keadaan tersebut sambi berkata: "kami masih ada maruah dan sama sekali tidak mahu bersikap kurang ajar."

Sebelum ini bekas seorang Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pernah bertindak menghalang seorang Imam Mesjid yang tidak membaca khutubah yang disediakan oleh Jabatan Agama.

Perkara ini juga pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ia amat dipandang serious.

Saya berharap Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor Alhafis memandang serious perkara ini dan mengambil tindakan segera bagi menggeakan sebarang perpecahan dan ketegangan di kalangan Masyarakat Islam.

Jangan cemarkan Rumah Alah dengan Khutubah yang boleh mneybabkan sengketa sebaiknya gunakanlah ia sebagai sebaik tempat untuk berdakwah dan memberi nasihat.

3 comments:

Anonymous said...

Ala Datuk,

Zaman UMNO dulu pun banyak kutbah yg sebut suruh sokong Kerajaan - UMNO lah tu. Dah diajar gitu tak leh lah nak marah pulak bila ade yg buat sebaliknya !

Sekarang Datuk Zamry dah sah MB, pastikan semua kutbah Jumaat tu tentang masalah sosial/pelajaran anak/ekonomi kita/dll yang terkini, pastikan tidak ade suruh org sokong kerajaan.

Pastikan kita minta umat Islam befikir (tafakkur) atau dlm BI - reflect - tentang kehidupan kini.

Hanya pendapat org kecil UMNO.

Anonymous said...

khutbah ... bukan khutubah...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas keperhatinan. biarlah kita ikut resam padi makin tunduk makin berisi.