Template by:
Free Blog Templates

2 February 2010

Mahukah Pembangkang sahut Cabaran Zambery?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir telah mencabar Pembangkang, jika mereka berani, mengosongkan kesemua 28 kerusi DUN yang mereka wakili daripada mendesak supaya DUN dibubarkan.

Buktikan dahulu mereka sanggup berbuat demikian dan tenguk samada rakyat bersama mereka taua tidak, sebelum hendak mendesak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membubarkan DUN.

Dr Zambery berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pembangkang yang tidak habis-habis berkempen, mendesak agar DUN dibubarkan.

Jika Pembangkang hendak sangat Pilihanraya, merekalah yang sepatutnya mengosongkan kerusi dan bukan mendesak BN berbuat demikian.

Kami ADUN BN bersatu hati dan bersepakat berdiri teguh di belakang Dr Zambery dalam mempertahankan Kerajaan BN Perak dan tidak ada sebab DUN perlu dibubarkan.

Membujur lalu, melintang patah, berpatah arang berkerat rotanm kami akan tidak akan berganjak walaupun seinci dalam mempertahankan maruah BN dan rakyat Negeri Perak.

Tidak ada sebab BN hendak tunduk kepada tekanan Pembangkang, mereka sendiri sekarang pun semakin berkecamuk dengan pertelaghan sesama mereka yang jelas semakin tidak bersatu hati.

Biarlah rakyat yang menentukan kuasa Kerajaan di Negeri dan Negara ini dan bukan dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab oleh Pembangkang yang semakin terdesak.

7 comments:

Nor Azman said...

Tahniah YBM Dato'. Nampaknya orang kat Wisma tu nak juga dengar titah YBM.

Tapi kenapa masih orang di wisma tu nak kekalkan seorang ahli yang diisytiharkan hampir muflis dan mempunyai masalah salah laku berada dalam senarai jk Dato'

Warga pengadil ingin melihat ketelusan YBM Dato'.

Kami mohon kerjasama dipercepatkan bayaran pengadil bulan Januari. Dah kering ni. Kalau dapat Dato pinjamkan dulu...

T. Raman said...

Dato,
Dalam akta kebangkrapan, boleh ke seseorang yang dah bengkrap itu aktif dalam mana-mana persatuan?

Bukan apa... cuma sekadar nak kepastian dan penjelasan

tabuan said...

akm dato...

1.Cabaran tu berapa tak berapa nak cerdik kerana bila ADUN pakatan letak jawatan maka mereka hilang hak untuk bertanding.Bila di adakan election semula nama mereka sudah pasti hilang.

2.Kami sebagai rakyat amat mengharapkan kecerdikan para pemimpin yang kami pilih, kami juga berharap agar para pemimpin ini dapat mengketengahkan suara kami, berjuang untuk membawa kebaikan kepada kami.

3.Keasyikan berbalah sesama pemimpin langsung tidak membawa manafaat kepada kami.Malah Kami sudah boring dengan keadaan politik pada hari ini, baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

4.Kami sebagai rakyat, terasa para pemimpin yang kami pilih hari ini langsung tak tahu nak buat kerja,cakap saja yang lebih.

5.Kami sebagai rakyat tetap terasa beban dengan keadaan ekonomi yang x berapa nak baik, pengangkutan awam yg tak memuaskan,Pendatang asing yang terlalu ramai,kadar jenayah yg tinggi, sistem pendidikan yang canca merba dengan menjadikan budak sekolah "alat ujian" sekejap dasar tu sekejap dasar ni.

6. Maka saya berpendapat apalah guna pilihanraya, lebih baik rakyat mintak di jalan raya...senang dapat...mengapa tak percaya...

Ramli Ghouse said...

A kum YBM Dato',
Dalam diam tak diam, semalam genap setahun pemergian rakan kita Saudara Nazri Abdullah menemui Yang Maha Esa. Al-Fatihah untuk arwah...

Justeru itu, dah setahun juga nama arwah masih terpampang dlm web FAM sebagai Pengerusi Pengadil FAM. Bila FAM nak ubah pun, tak tau le Dato...

Dato sendiri pernah berjanji dua kali untuk mengarahkan FAM supaya ubah benda tu. Kalau Dato lupa, check balik jawapan Dato pada 19 Disember 2009 jam 12.10 dan 31 Jan 2010 jam 01.58.

Kita mengharapkan semoga perkara itu bukan disengajakan kerana kalau sengaja, nampak seolah-olah depa taknak iktiraf Dato sebagai pengerusi baru....

Nor Azman said...

Saudara Ramli Ghouse,

Kau tak bukak ke sesawang fam?

Kan dia orang dah tukar dgn jk baru!!!

Tahniah YBM

Jangan lupa mintak cepatkan bayar elaun bulan Januari 2010

Ramli Ghouse said...

Saudara Nor Azman,

Ohh saya agak lama tak buka web FAM tu sebab bila buka, takde cerita baru...Tu yang malas nak buka tu.

Apa2 pun kira ok la dia org dah tukar nama AJK baru. Nak kena sound baru nak tukar ke?

Tapi Man, cuba hang tengok senarai AJK Futsal dan Bola Pantai, nama Major Zainuddin masih ada sedangkan kawan tu dah jadi arwah... Yang ni hang kena report kat Hamidin biar dia sound direct FAM tu...

Satu lagi Man, boleh ke orang muflis pegang jawatan dlm mana-mana organisasi?

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas semua pandangan. sebagai manusia kita tidak terlepas daripada sebarang kelemahan, sepertikata tun dr mahathir robotpun boleh buat silap ini kan manusia. kita hanya boleh merancang allah s.w.t. yang menentukan segala2nya. mengenai jawatankuasa futsal dan bola pantai, senarainya boleh diganti, akan saya beritahu dengan urusetiaa fam untuk memperbetulkannya. tkasih