Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T. Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir Sah dan Kekal sebagai Menteri Besar Perak.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan sebulat suara ADUN Pangkor itu adalah sah mengetuai Kerajaan Negeri Perak selepas mengambil alih daripada Pakatan Pembangkang pada 6 Februari 2009 lalu.
Keputusan itu menamatkan kemelut politik Perak yang berpanjangan selepas Barisan Nasional (BN) ambil alih kuasa.
Dengan keputusan itu, Pembangkang haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana yang penting ialah rakyat terus menerima pembangunan dan kemajuan.
Jika kekacauan terus berlaku, yang rugi adalah rakyat dan Negeri Perak itu sendiri. Kini Dr Zambery boleh tumpu kepada membawa perubahan kepada Negeri ini.
Semua pihak harus akur dengan keputusan Mahkamah Persekutaun itu dan tidak harus dipertikaikan lagi. Sesungguhnya perlantikan Dr Zambery yang juga Pengerusi BN Perak sebagai Menteri Besar yang diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah sah dan mengikut proses undang-undang.
Ternyata, sambutan ulangtahun Dr Zambery dan BN menerajui Negeri Perak ternyata ada hikmah dengan keputusan Mahkahmah Persekutuan hari ini.
Tahniah kepada Dr Zambery teruskan tugas, kami ADUN BN sentiasa dibelakang.
9 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment