Template by:
Free Blog Templates

1 February 2010

Jangan Pinggirkan Warga Emas


Walaupun sudah berusia 87 tahun dan uzur ingatannya masih kuat dan mengenali Saya sebagai Wakil Rakyat tanpa diperkenalkan oleh sesiap sewaktu Saya ke rumahnya petang tadi kampung Sungai Marlau Luar di DUN Kubu Gajah.

Rokiah Hashim, Warga Emas yang tinggal bersama seorang anak perempuan beliau masih mampu mengambil tahu hal ehwal semasa.

Beliau yang begitu bersemangat diatas kehadiran Saya turut mengucapkan Terima Kasih diatas keperhatianan Saya yang sanggup melawat beliau, walaupun ini bukanlah pertama kali Saya berbuat demikian.
Saya juga melawat beberapa orang lagi Warga Emas di Kampung Sungai Marlau Luar termasuk Desa bin Din, 76 tahun yang hanya mampu bekerja mengupas pinang untuk menyara keluarga.

Saya jug melawat Sapiah Rami, 70 tahun yang tinggal dengan dua orang anak beliau yang OKU dan Hajjah Siti Hawa binti Mat, 74 tahun serta menantunya, Hamzah Mohamed, 54 tahun yang tinggal bersebelahan.

Turut Sama dalam lawawtan itu ialah Ketua UMNO Cawangan, Nordin Abu Hassan, Ketua Kampung, Haji Abdul Hamid bin Ibul Hassan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Selepas itu, Saya ke Ladang Lembah Keluang untuk bertemu dengan Masyarakat India di sana yang membangkit beberapa masalah untuk tindakan.

Dalam perjalanan, saya singgah bersalaman dengan beberapa keluarga India sambil bertanya Khabar.

0 comments: