Template by:
Free Blog Templates

6 February 2010

Genap 1 tahun Zambery MB Perak

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang hari ini genap setahun menjadi Menteri Besar Perak, semoga kepimpinannya akan terus menyinar dan membawa cahaya kemajuan.

Saya kagum dengan ketabahan anak kelahiran Pangkaor ini menghadapi pelbagai igauan selepas dilantik Menteri Besar dengan cabaran dan kerenah yang dilontarkan oleh Pembangkang.

Walaupun berhadapan dengan halangan dan sekatan yang sengaja dilakukan oleh Pembangkang bagi mencetuskan huru hara, namun Dr Zambery tidak pernah mengalah dan tambah pula dengan pasukan ADUN Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berdiri kukuh di belakang beliau.

Dr Zambery, dalam menyambut ulangtahun mentabir Negeri Perak, tetap mengadadakan majlis kesyukuran dan Solat hajat, mohon terus keredan Allah S.W.T. agar Perak terus berada dalam perlindungannya.

Kami ADUN BN akan terus berada di belakang Dr Zambery yang juga Pengerusi UMNO dan BN Negeri Perak dalam membantu mentadbir Negeri ini.

Tahniah.

0 comments: