31 January 2010
Kemudahan Internet Tidak serharusnya disalahgunakan
Resmi, UMNO Perak kini mempunyai laman webnya sendiri yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir di Kediamannya di Ipoh malam tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak turut menlancarkan laman blog kesemua 24 UMNO Bahagian, selain TV UMNO dan bengkel media baru anjuran Skretariat media baru UMNO Perak.
Datuk Abdul Kadir Jasin membentangkan kertas kerja beliau mengenai media baru sebaik majlis peresmian yang turut dihadiri oleh kira-kira 120 orang peserta termasuk bloggers dari seluruh Negara.
Datuk Rosnah Majid, bekas Anggota EXCO Negeri Kedah dan Wartawan Kanan Utusan turut menyampaikan ceramah beliau pada sebelah petang semalam sebaik para peserta mendaftar.
Pagi ini, kesemua peserta menyertai bengkel tersebut bagi membincang dan mengupas pembentangan kedua-dua ceramah yang telah disampaikan oleh dua ahli panel jemputan itu, yang kemudian dirumus dan disampaikan kepada Dr Zambery untuk tindakan selanjutnya.
Menteri Besar turut meraikan kesemua peserta bengkel di majlis makan malam dengan iringan KOMBO Polis.
Dr Zambery mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut dan berharap ia akan diadakan dari masa ke semasa memandangkan arus media baru kini semakin penting dan menghampiri rakyat terutama generasi muda.
Adalah tidak logik, kemudahan internet dan IT ini dimaju dan disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihak-pihak lain pula yang ambil kesempatan dan menjadikannya sebagai pentas untuk menghentam Kerajaan.
Apa yang penting ialah media baru ini dijadikan sebagai penyampai maklumat yang betul bagi kepentingan awam dan isu-isu semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
100% Pendapat dato,..
dan
FAM juga perlu memanafaatkan
kemudahan internet juga,jika sekadar mempunyai website,tetapi tiada informasi terkini,ini akan merugikan Fam sendiri dan fAM PERLUKAN TRANSFORMASI DEMI bola sepak negara,beri peluang kepada rakyat malaysia untuk berkerjasama memajukan bola sepak,samapi bila fam akan mampu bertahan dengan terus menafikan pendapat rakyat malaysia.
dan megenai harimau muda A-U21,yang akan bertanding diliga slavakia,harap FAM dapt meyediakan blog khas,agar peminat dapat mengikuti perkembagan mereka.
sekian,ampun maaf.
Dato pernah berjanji untuk meminta pihak sekretariat FAM meng'updatekan' laman web FAM kira-kira 2-3 bulan dulu. Tapi sampai sekarang masih belum ada perubahan. Macam mana ni Dato'?
terima kasih atas keperhatinan saudara. saya akan bangkitkan perkara ini.
Post a Comment