Template by:
Free Blog Templates

20 January 2010

Hasrat Pelajar Cemerlang Belum Tercapai







Saya cuba tenangkan seorang pelajar yang tinggal di kampung Sungai Segar yang agak kecewa kerana tidak mendapat sebarang tempat di mana-mana sekolah berasrama penuh, sekalipun memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Pelajar perempuan sekolah Menengah Redang Panjang itu berharap Saya dapat membantu mencapai hasrat beliau.

Pada masa ini beliau tinggal dengan Ibunya seorang Ibu Tunggal yang juga mempunyai anak kembar lelaki yang sedang belajar di Tingkatan Lima di sekolah yang sama.

Saya cuba mendaptkan sokongan daripada pihak yang berkenaan bagi merialisasikan hasrat pelajar tersebut untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

Di Kampung berkenaan, Saya juga melawat seorang Warga Emas yang berusia sekitar 80 tahun dan anak perempuannya yang menglami sakit dan rumah mereka.

Insyallah, Saya akan berusaha untuk dapatkan ketiga-tiga mereka termasuk IbuTunggal yang anaknya ingin ke sekolah berasrama penuh bantuan daripada Jabatan Kebajikan.

0 comments: