Template by:
Free Blog Templates

12 January 2010

Ibu Tunggal Hiba dan Menitis Air Mata Kerana Dikunjungi







Seorang Ibu Tunggal begitu hiba dan menitis air mata melihat kedatangan Saya bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama di rumahnya di Kampung Mesjid, Ijok pagi ini.

Puan Salasiah binti Nordin, 66 tahun jatuh sakit lapan bulan lalu dan tinggal bersama seorang anak lelaki yang terpaksa berhenti untuk menjaga ibunya.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada kempen rumah ke rumah bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan di Mukim Ijok utuk melihat sendiri mereka yang memerlukan bantuan.

Sebelum ini, permohonan kebanyakannya di buat oleh mereka melalui Pejabat Kebajikan, tetapi kali ini kami ambil pendekatan untuk turun ke padang.

Ketua-Ketua Kampung yang terlibat telah mengenal pasti rumah-rumah yang hendak dilawati. Diantara masalah yang diperolehi hasil lawatan tersebut termasuklah mereka yang terpaksa menumpang dengan saudara mara atau orang lain kerana tidak mampu.

Ada juga Ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak-anak termasuk yang Kurang Upaya (OKU), selain mereka yang sudah agak uzur dan tidak lagi mampu bekerja.

Kempen seumpama itu akan diteruskan pada bulan Februari dan Mac ini di kawasan lain dalam DUN Kubu Gajah.

Dalam taklimat, Saya juga menyatakan rungutan Ketua Kampung mengenai permohonan anak buah mereka yang tidak gagal, sedangkan mengikut pengamatan mereka ramai yang layak untuk mendapat bantuan.

Jabatan Kebajikan juga diminta mengeluarkan senarai resmi mereka yang menerima bantuan untuk makluman Ketua-Ketua Kampung. Jabatan Kebajikan bersetuju mempamerkan senarai nama penerima bantuan daripada Jabatan tersebut yang akan diletakan di Pejabat-Pejabat Penghulu.

Di majlis tadi juga Ketua-Ketua Kampung mengemukakan senarai nama permohonan yang gagal mendapat bantuan dan juga permohonan hingga ke hari ini masih lagi belum ada jawapan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Shaharizat Abdul Jalil telahpun megeluarkan arahan supaya proses permohonan bantuan kebajikan, mestilah selesai dalam tempuh dua minggu.

Sebelum ini pun, Saya telah menganjurkan program yang sama berpusat di Kampung Sungai Ara,kampung Mesjid dan Tebing Tinggi.

Selain rumah Salasiah, Saya juga melawat rumah Hamid bin Ahmad, 74 tahun di Kampung Mesjid. Beliau dan Isteri terpaksa menumpang rumah orang lain, kerana beliau tidak mempunyai tempat tinggal.

0 comments: