Template by:
Free Blog Templates

7 January 2010

Alfatihah Untuk Keluarga Yusof Mat
















Menziarahi keluarga Allahyarham, Yusof bin Mat, 66 yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi. Beliau adalah jawatankuasa UMNO Cawangan dan begitu aktif ketika hayatnya dan amat disenanggi di kampung.

Jenzah beliau telah dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Tebing Tinggi. Ketika menziarahi anak-anak allahyarham, Saya meminta agar mereka tabah. Dua daripada anak beliau masih belajar di Sekolah Menengah.

Pada sebelah petang, Saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Kubu Gajah bagi membincangkan program bersama Jabatan Kebajikan turun padang melawat rumah ke rumah pada 12 Januari ini.

Mereka telah diminat mengenal pasti keluarga yang perlu dibantu, selain mengemukan senarai yang telah membuat permohonan, tetapi gagal atau masih belum menerima apa-apa jawapan.

Program seumpama itu akan dibuat berperingkat-peringkat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan berkenaan. Ini adalah program ke tiga yang dilaksanakan di DUN Kubu Gajah.

Pada perjumpaan tersebut, semua JKKK juga telah diminta mengenalpasti produk kampung bagi diketengahkan di bawah program satu kampung satu produk. Dalam hubungan ini Saya juga telah meminta beberapa orang Pelajar Universiti, anak kelahiran DUN Kubu Gajah untuk membantu membuat kaji selidik megnenai reka bentuk produk yang boleh diketengah dan dimajukan.

JKKK juga dimitna menyediakan chek-list megnenai keluarga miskin, Ibu tunggal dan OKU yang masih belum mendapat sebarang bantuan. Saya juga telah meminta agar Jabatan Kebajikan memaklumkan kepada semua JKKK setiap penerima bantuan Jabatan tersebut dan melibatkan semua Ketua Kampung dalam majlis penyampaian bantuan berkenaan.

Masalah lain termasuk mengenai kelewatan permohonan rumah mesra rakyat Syarikat Perumahan Negara dan Agensi seperti Felcra juga dibincangkan.

Seperti biasa, Saya juga melawat projek Majlis Daerah Selama (MDS) di Kampung Mesjid, Ijok yang menjadi rungutan kerana kerja perlaksanaannya tidak menyeluruh. Saya telah menghubunggi pihak berkenaan supaya bertindak segera.

Kemudian Saya ke Kampung Cerok Kecik di Simpang Tiga, Gudang untuk menemui seorang Pelajar yang hidup sebatang kara di terpaksa menumpang di rumah orang.

2 comments:

Anonymous said...

ish... kesian nya.. kalau budak pmpuan,saya sedia menerima nya tinggal dgn fmly saya yg semua pmpuan.kami d kuala lumpur.saya tinggal d kuaters guru

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas keperhatinan. setiap doa yang kita lakukan sudah merupakan satu pahala yang cukup bermakna.