Template by:
Free Blog Templates

19 January 2010

Langkah Keselamatan Pelajar Mana?

Tragidi pelajar mati lemas di Pulau Pinang cukup menyayat hati. Peristiwa yang tidak diduga. Begitupun, Yang menghairankan Saya ialah kenapa kita masih tidak mahu ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini.

Masih segar dalam ingatan mengenai tragidi pelajar mati akibat jambatan gantung runtuh di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Dipang di Perak beberapa bulan yang lalu. Begitu juga dengan peristiwa ramai pelajar terkorban akibat feri karam di Bandar Bahru, Parit Buntar beberapa tahun yang lalu.

Tetapi, malangnya kita selalu bagaikan bila "terantuk baru ternada". Ghairah dengan tindakan pada ketika berlakunya sesuatu kemalangan, tetapi lepas itu mulai lupa.

Saya terfikir kenapa tidak pihak pengurusan sekolah mempastikan keselamatan pelajar samada ketika waktu sekolah itu ataupun pada mana-mana ketika mereka menjalani program sekolah termasuk latihan dan sebagainya.

Bayangkan ketika di laut, sudah tentu tergambar pelbagai kejadian yang tidak diingini boleh berlaku. Kenapa pihak sekolah tidak menggunakan bantuan pasukan penyelamat sukarela atau Polis laut ketika menjalani latihan?

Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini juga mendorong Saya agar pihak-pihak berkuasa Sekolah mempastikan langkah-langkah keselamatan pelajar ketika mereka melakukan latihan dan program aktiviti luar, jangan sampai berulang lagi seperti peristiwa mati lemas.

Betul malang itu tidak berbahu, tetapi jika kita tidak berhati-hati ia akan terdedah kepada sebarang kemungkinan.

Barangkali ada pelajar-pelajar yang kurang kemudahan yang masih menggunakan bot di pendalaman dan Saya berharap pihak pengurusan sekolah segera mengambil langkah mempastikan keselamatan pelajar.

Bot-Bot penumpang juga masih banyak lagi di gunakan seperti di Pangkor di Perak. Barangkali pihak berkuasa wajar melakukan pemeriksaan bagi mempastikan langkah menjaga keselamatan penumpang diambil, jangan sampai bila sudah berlaku barulah hendak diambil tindakan itu dan tindakan ini.

Janganlah ambil mudah, keselamatan orang ramai wajar diberikan keutamaan. Sehubungan dengan itu kempen menjaga keselamatan ini harus diberikan penekanan dan perhatian serious oleh pihak berkusa bagi menyedarkan orang ramai dan pengguna mengenainya.

Mana perginya bulan kempen keselamatan? Saya masih ingat sebelum ini, banyak agensi dan pihak swasta yang terlibat seperti Shell dan sebagainya. Saya masih ingat, pernah menyaksikan kempeh seumpama itu diadakan di Taman D.R. Seenivasagam di Ipoh. Apa kah ia masih lagi dianjurkan?

Langkah keselamatn ini termasuklah di sektor pembinaan. Ramai buruh yang terdedah kepada kemalangan jika mereka tidak dilatih mengenai keselamatan dan Pemaju serta Kontrator haruslah peka dengan hal ini.

1 comments:

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih kepada unit media wangsa maju diatas sokongan. semoga pengiktirafan ini akan mendorong agar media baru ini terus menjana kemajuan rakyat dan negara. terima kasih sekali lagi.