Template by:
Free Blog Templates

14 January 2010

Setiausaha Cawangan Terlantar Sakit







Hari ini, walaupun dalam cuaca yang tidak mengizinkan keana hujan yang turun pada sebelah petang, tetapi Saya dapat singgah ke rumah Ahmad Dahalan, 61 tahun yang sakit di rumahnya di Bagan Bahru.

Ahmad, yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Bagan Bahru, telah menjalani pembedahan di perut akibat sejenis penyakit pada bulan Oktober yang lalu.

Saya akan berusaha dapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) bagi membiyai kos perubatan bulanannya. Beliau adalah seorang bekas Tentera.

Beliau kini menjalani rawatan dan hanya duduk di rumah sehingga pulih sepenuhnya. Ahmad adalah seorang yang cukup aktif dalam politik dan juga aktiviti kemasyarakatan.

Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut juga turut hadir.

Di Pekan Ijok, Saya menemui Shaari bertanyakan anak perempuan beliau yang memulakan pengajian di Politeknik Ungku Umar di Ipoh, kelmarin.

0 comments: