Template by:
Free Blog Templates

30 January 2010

Pak Ngah Leh Terlantar Sakit Selepas Kemalangan














Saya amat simpati dengan penderitaan Pak Nagah Leh atau nama sebenar Dahalan bin Mat Zain, 72 tahun yang terlantar sakit hingga ke hari ini selepas terlibat dengan kemalangan, jatuh motosikal terlanggar lubang jalanraya dekat Kampung Sangkut, Ijok bulan lalu.

Saya melawat beliau di rumahnya di Kampung Kelian Gunung. Akibat daripada kemalangan itu yang berlaku pada subuh pagi, beliau hanya boleh mendengar, tetapi tidak boleh bercakap.

Pak Ngah Leh terharu dan melinang air mata melihat Saya datang melawat beliau dengan beberapa teman yang lain, termasuk Pak Ya Misai atau Zakaria dari kampung Perak dan Ketua Kampung Ulu Sepang serta Along dari Sungai Lempong. Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed bin Abdullah juga hadir.

Pak Ngah Leh cukup dikenali di sekitar Ijok dan Pantai Besari dekat Batu Kurau, seorang pemburu yang hebat dan amat disegani dan senang bergaul, walaupun agak pendiam.

Saya juga melawat seorang Ibu Tunggal, Ramlah Abdul Manan di Kampung Jerai Betina, dekat Kampung Mesjid yang agak uzur.

Saya hanya mengetahu keuzuran beliau bila diberitahu ketika hadir ke majlis persiapan kenduri kahwin anak perempuannya besok.

Selepas melawat Pak Nagah Leh, Saya sempat singgah di Mesyuarat Jawatankuaa JKKK Kampung Sungai Jernih yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung, Jamaluddin Mat Isa di dewan Orangramai Sungai Jernih.

Ketika sampai, mereka sedang diberi taklimat oleh seorang Pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Dato kerana sudi melawat dan menghebahkan keadaan pak ngah Leh.saya antara ratusan anak buah pak ngah Leh merasa amat terharu.