9 January 2010
UMNO Juara Rakyat Mendapat Sambut Luarbiasa
Ribuan manusia pelbagai kaum membanjiri Bukit Sentosa dan Beruntung untuk menyaksikan pelancaran program UMNO juara rakyat, pagi tadi.
Saya sendiri tersepit di tengah-tengah lautan manusia berhampiran dengan gerai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, sambil ketuanya Datuk Seri Sharizat Jalil, meunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri penuh bersemangat.
Bukan setakat itu, anggota Rela dan kawalan keselamatan yang lain dari pelbagai bangsa juga bersemangat, membantu mengawal keadaana lalulintas dengan baik.
Sementara itu, Penduduk Bukit Beruntung, memang berutung, bila Kerajaan mengumumkan peruntukan rm 15.6 juta untuk meperbaiki atap flat dan prasarana di situ dan bukit sentosa.
Ternyata kedatangan Perdana Menteri membawa rahmat kepaada penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Kebanjiran rakyat di pelancaran itu ternyata mereka semakin yakin dan percaya dengan UMNO untuk mewakili mereka, malah rekod cemerlang Parti itu, tidak harus dipertikaikan.
Kehadiran yang cukup luar biasa dengan manusia bersesak-sesak untuk menghampir ke pentas di bahagian dalam dan ini menyebabkan pihak kawalan terpaksa bekerja lebih masa.
Saya juga sempat berjumpa beberapa orang Anggota EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang hadir di pelancaran itu.
Tahniah kepada UMNO Selangor dan Kemenerian yang terbabit menjayakan program tersebut. Pelancaran itu mengingatkan Saya sambutan besar-besaran ketika Perdana Menteri melancarkan program 1 Malaysia peringkat Negeri Perak, baru-baru ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ribuan tu berapa....? ribu one ke? tu x masuk kira kasut, basikal ,motor,pokok dan tiang bendera.... gambar mana??? kahkahkahkah.
Dato, dalam paper ada tulis lebih kurang 20,000 orang .. Dahsyat tu bagi yg tak reti bahasa je tu...
apa yang hebatnya kalau yg datang tu dapat macam macam ( semua orang tahu).
Lebih hebat kalau yg datang tu kerana keikhlasan atas nama perjuangan dengan melaburkan wang ringgit sendiri... bukan pergi dengan harapan mendapat macam-macam ada....
Tak tahulah saya, kalau taktik-taktik yg pernah digunakan dulu sudah dibakul sampahkan..
Bukan apa, ramai juga yang meluat dengan cara dulu-dulu tu.... duit rakyat tu....
Betul ke dato..rasanya yg ada kat situ semua org luar. Penduduk tempatan tak peduli pun program tu. PM bagi peruntukan baiki flat kat situ..rasanya yg beruntung kontraktor UMNO dato..penduduk bukit beruntung bimbang takut projek yg dibuat tak setimpal dengan peruntukan yg diberi..bukan apa takut flat runtuh plak mcm stadium kat Trg. Tak betul ke dato..
pada pengamatan saya tidak kurang daripada 30,000 orang yang membanjiri tempat perasmian..saya yakin yang datang itu memberi sokongan dan semakin yakin dengan kepiumpinan baru umno yang diterajui oleh presiden, datuk seri mohd najib tun abdul razak.
harap Dato' tidak berkecil hati dengan 'pendapat', yang kami (rakyat bawahan) berikan..
Bukan apa, kadang-kadang dengar kat TV berjuta-juta projek akan diturunkan ke seluruh negara (dari dulu sampai la sekarang), tapi impak dan kesannya tak pernah pula rakyat marhain ini merasa.. dan akhirnya, saban tahun rakyat miskin semakin bertambah atau tidak pun berkurang...
Tapi ada yang bertambah,... siapa???? orang kaya iaitu orang berjawatan dalam Umno, Kontraktor-kontraktor yang rapat dengan Umno...
Kekadang saya terfikir sendiri, ketua-ketua pemuda dan semua yg berebut pelbagai jawatan tu, sebenarnya apakah misi,visi dan matlamat mereka??? rakyat atau diri sendiri..??
Berdasarkan pemerhatian rakyat marhain ini, saya berikan keputusan..
70% diri... 10% orang kanan (dikongsi dlm jumlah yg kecil) dan 20% untuk rakyat yg berjuta-juta jumlahnya...
Harap Dato' tidak begitu... tak sabar rasanya nak mengundi..........
Post a Comment