Template by:
Free Blog Templates

27 January 2010

Sudah 89 tahun, tetapi Ingatan Pak Chat masih KUAT










Cuaca mendung dan hujan turun renyai-renya ketika Saya bersama Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman dan beberapa orang yang lain singgah melawat Haji Arshad bin Haji Idris atau lebih dikenali dengan Pak Chat di kalangan penduduk Felda, Ijok.

Saya terharu sebaik tiba ke rumah beliau, apabila Pak Chat menyapa saya. Walaupun sudah berusia 89 tahun ingatannya masih kuat dan mampu bertanya khabar beberapa orang individu yang lain.

Apa pun Pak Chat gembira menyambut ketibaan Saya dan beberapa Jawatankuasa UMNO Bahagian yang lain termasuk Cikgu Shamsuddin Ibrahim dan Cikgu Osman Ahmad dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian.

Saya juga melawat seorang lagi warga emas yang juga terlantar sakit di rumah beliau di Felda, Ijok.

Kemudian,Saya ke Pekan Ijok dan singgah minum kopi di gerai dekat Jerai Betina, milik seorang Jawatankuasa Puteri UMNO bahagian. Sedia meunggu di sana ialah Ketua UMNO Cawangan Teras dan beberapa orang penduduk yang lain.

0 comments: