Template by:
Free Blog Templates

5 January 2010

Peneroka dan Generasi ke 2





Diawal tahun baru ini, Saya ambl kesempatan masuk kampung, melawat Warga Emas dan penduduk untuk bertanya khabar dan mendengar masalah mereka.

Di Felda, Ijok bersama Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman kami membincangkan mengenai perjumpaan dengan anak-anak peneroka yang tidak ada tapak kediaman. Jika tidak ada perubahan ia akan diadakan dalam minggu ini.

Selain itu, JKKK yang diketuai oleh Haji Shukur berharap agar Saya dapat mengatur pertemuan dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Nor untuk membincangkan program pembangunan Felda, Ijok secara menyeluruh.

Di Kampung Mesjid, Ijok pula Saya ambil kesempatan menemui warga emas, selain penduduk di beberapa buah kampung yang datang berjumpa ketika saya berada di situ.

Isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menarik perhatian mereka dan berharap ianya dapat diselesaikan segera.

Program Jabatan Kebajikan turun ke bawah juga akan dilaksanakan, Saya sedang dapatkan tarikh daripada pihak yang berkenaan.

2 comments:

tabuan said...

akm dato..

Saya bukan orang felda,keluarga saya tidak terpilih untuk tinggal di Felda walaupon pada masa dulu kami pon org susah dan kalau mengikut syarat kelayakan kami sudah lebih dari layak.

Saya mengakumi usaha Tun Razak mewujudkan felda, banyak kawasan melayu dapat di wujudkan dan ini memberi kelebihan kepada suvival politik melayu.Ini adalah kejayaan..

Tetapi dalam meraikan kejayaan tersebut, Felda tetap gagal..GAGAL untuk membawa keluar orang Melayu, keluarga melayu, daripada kemiskinan. Kerana apa saya bersurah sebegitu?

Kerana kami orang kampung yang miskin, motong getah, cari depu, cari rotan, panjat bukit tanam pisang, buat bendang..tetapi tidak dapat tanah macam orang felda, tidak dapat bantuan mcm orang felda, tidak dapat rumah mcm org felda tidak dapat saham mcm org felda..menyara keluarga seperti mana orang felda...Tetapi hari ini generasi ke-2 kami telah pon mampu membantu keluarga, ramai mak bapa yang dulu kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam, telah mampu naik haji, mampu buat rumah besar, mampu memiliki kerata, setiap bulan anak masuk duit.

Gernerasi ke2 daripada kalangan org melayu miskin yang tak dapat masuk Felda telah berjaya membantu kaum keluarga mereka.

Tetapi generasike 2 felda masih lagi di bantu, masih lagi di beri tongkat, masih lagi di beri ikan bukan pancing..sudah la dulu kerajaan membantu mak bapak dia orang dan hari ini perlu pulak di bantu anak mereka-mereka..bagi saya ini adalah satu keGagalan dalm projek felda...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

pandangan-pandangan yang baik merupakan kesedaran, dan disebalik itu ada hikmahnya. maka allah sentiasa menguji mereka yang sabar dan bersedia menempuh cubaan dan cabaran.