Template by:
Free Blog Templates

17 January 2010

Aktiviti Sabtu

















Aktiviti hari ini ialah makan kenduri kahwin anak lelaki Abu Bakar Ismail di Tanah Rancangan Felcra Tebing Tinggi.

Anak beliau memilih pasangan seorang wanita dari Negeri Sarawak. Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Tebing Tinggi dan juga JKKK.

Saya turut melawat tapak projek ternakan lembu Felcra Tebing Tinggi/Sungai Marlau dekat situ yang mendapat bantahan seorang penduduk berdekatan dengan tapak tersebut dan mendakwa ia mengancam keadaan persekitaraan tempat tinggalnya.

Turut sama melawat tapak tersebut ialah Ketua Kampung, Azemi Sabaran. Pengurus Felcra turut dijemput, tetapi tidak dapat bersama.

Di Felda, Ijok saya turut memeriahkan kenduri bubur asyura anjuran Belia dan Beliawanis di situ yang diadakan di Mesjid Felda. Turut hadir ialah Pengurus dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman dan Naib Ketua Puteri Bahagian Larut.

Kemudian, Saya ke kenduri kahwin anak lelaki, Umar di Padang Das. Kemudian Saya melawat projek jalan tar yang tebing jalan yang rebak di Kampung Titit Ijok. Jalan itu baru sahaja dibina.

0 comments: