8 January 2010
Kediaman G2 dan 3 Felda
Hari ini, Saya mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 200 orang anak dak keluarga peneroka Felda, Ijok bagi membincangkan masalah tapak kediaman bagi generasi kedua dan juga ketiga.
Saya menyatakan hasrat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut di satu tapak seluas kira-kira 20 ekar yang telah dikenalpasti oleh Pengurusan Felda sendiri bagi tujuan tersebut.
Begitupun hasrat mereka akan hanya tercapai setelah proses pengambilan tanah berkenaan selesai dilakukan oleh pengurusan Felda sendiri.
Selain Pengurus Felda Ijok, turut hadir ialah Puan Harisah Mat Hassan, Pegawai Tadbir Felda Wilayah Trolak yang bertanggungjawab mengenai tanah Felda dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman.
JKKK juga telah mengenalpasti projek menaik taraf Felda Ijo bagi dimajukan kepada Ibu pejabat Felda untuk dilaksananakn termasuk Pekan Felda itu sendiri memerlukan wajah baru.
Tapak bagi tujuan pertanian untuk anak-anak peneroka yang telah berkeluarga juga wajar dipertimbangkan sebagai pendapatan mereka.
Sebelum perjumpaan itu pada sebelah pagi, Saya membuat kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamad di pejabat beliau di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
betulke apa yang aku tengok ni??? takkan g2 dan 3 dapat kediaman sebesar dewan....kahkahkahkah!!!
lu dengki ke org felda nak buat rmh besar istana ke apsal lu sibuk, boleh brambus hamPAS
aku nampak pak non
bagus dan murni tujuan untuk membangunkan semula felda ijok, terutama pusat perniagaan(kalau boleh dipanggil begitu) yang tidak berubah sejak tahun 60an lagi,,
agihkan tanah lot kepada yang betul betul memerlukan tanpa mengira fahaman politik, semuanya rakyat malaysia,, berbeza fahaman politik tidak bermakna perlu dipinggirkan dari mendapat apa yang hak,, jika menyokong parti pembangkang tidak layak mendapat apa apa,, haramkan saja parti pembangkang,,
Salam
Syukur Alhamdulilah.semoga perancangan sebegini dpt disempurnakan dengan jayanya.Kalau diperhatikan ternyata masih byk yang boleh dimajukan di Felda Ijok. Apapun syabas dengan perancangan yang ada.
Post a Comment