Template by:
Free Blog Templates

16 January 2010














Alhamdullilah, lepas solat jJumaat di Mesjid Ulu Sepetang, bersama Ketua kampung dan Cawangan Ulu Sepetang kami hadir di majlis kenduri bubur Asyura di rumah Ketua Kampung Perak, Batu Kurau di Padang Lalang.

Sebelum itu, Saya diminta oleh Ketua Kampung Ulu Sepetang melawat gelanggang Futsal di situ yang hingga kehari ini masih belum lagi diserahkan untuk diguna,walaupun katanya sudah lama siap.

Kami cuma darpat lihat dari luar keana pintu pagar gelanggang tersebut dikunci. Beliau juga bertanya dengan kemudahan seperti bilik air dan kawasan di laman hadapan yang tidak bertar.

Saya juga melawat seorang penduduk, jali, 61 tahun di Kampung Teras, Ijok yang jatuh sakit dan memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan untuk membiyai rawatan perubatannya.

Kemudian, Saya menemui penduduk di gerai makanan Ketua Putei Kampung Mesjid. Ada diantara mereka yang memnincangkan projek kampung dan aktiviti wanita.

0 comments: