Template by:
Free Blog Templates

17 January 2010

Kenduri Kesyukuran atas Kemenangan








Penduduk-Penduduk Jelai cukup ceria diatas kemenangan anugerah Kampung cermelang Negri Perak dan mengadakan kenduri kesyukuran hari ini.

Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar yang merupakan nadi JKKK jelai, disebalik kemenengan tersebut masih menyimpan angan-angan untuk satu lagi pertandingan di peringkat Kebnagsaan.

JKKK Jelai akan mengalas satu lagi tanggngjawab besar mewakili Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika menyampaikan hadiah kemenangan baru-baru ini juga melahirkan harapan besar agar Jelai sekali lagi mencapai kemenangan dan sekaligus meangangkat nama Negeri.

JKKK Jelai menumbangkan dua ekor lembu untuk masjli kesyukuran yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Kampung diadakan di Dewan Serbaguna Jelai.

Saya juga hadir ke satu lagi kenduri kesyukuran yang dia dakan di Surau Kampung Sangkut, Ijok dan dapat berjumpa dengan warga emas di situ.

Selepas itu beberapa orang ahli Puteri dan Wanita serta Ketua Cawangan dan Ketua Kampung berjumpa berbincang beberapa perkara.

3 comments:

tabuan said...

akm dato saja nak berkongsi cerita, baca sensorang tak best, cerita di petik dari blog sang kelambai....

Apa yang diceritakan dalam khazanah China amat sesuai dibaca oleh orang-orang UMNO khasnya Ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia, cerita tidak terlalu panjang tetapi sangat menepati apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO hari ini.

Bila Tuan Shu mendapati rumahnya dan gudang simpanan dagangannya dijadikan sarang tikus. Dia berusaha memusnahkan tikus tetapi gagal, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memelihara kucing dengan harapan kuching itu akan memakan tikus.

Tekaan Tuan Shu betul, tikus dapat dihapuskan tetapi masalahnya ialah kucing yang dipelihara bukan berjumlah satu ekor pada asalnya, kerana dia jadikan hobi dan menyimpan koleksi kuching, jumlahnya sudah menjadi ratusan.
Kucing yang dipeliharanya adalah jenis yang tangkas dan tidak memberi ampun kepada tikus yang ditangkapnya tetapi satelah tikus sampai ketahap tidak berbenih lagi, maka makanan kuching tersebut perlu di ubah dengan membeli makanan daging.

Maka berubahlah kehidupan kucing peliharaan Tuan Shu, setiap kali lapar cukuplah dengan mengiau-ngiau. Maka makanan enak yang diberikankan itu menjadi kucing-kucing itu makan tidor sahaja dan jika lapar sekali lagi ngiai-ngiau dan seterusnya begitulah setiap hari.

Penghujungnya ialah anak cucu kucing pun jadi berlainan dari induk dan datuknya. Kucing yang diberikan bakat semula jadi menangkap tikus, hilang bakatnya kerana makanannya sudah disediakan dan lazat pula.

Dikisahkan pada satu hari , ada seorang keluarga Tuan Shu yang juga rumah kedatangan tikus. Maka tanpa berfikir panjang Tuan Shu memberikan dua tiga ekor anak kucing untuk dipelihara oleh keluarga Tan Shu dengan harapan supaya tikus dirumahnya boleh dihapuskan oleh kucing yang pernah berjasa keatas rumah dan gudangnya.

Apa yang terjadi kemudian, memang luar dugaaan. Satelah dipelihara dan kucing itu membesar, anak-anak kucing tersebut bukan menangkap tikus sebaliknya kucing itu merasa aneh ketika melihat tikus, dan bahkan merasa takut.

Kesudahan dari kisah Tuan Shu ialah bahawa keluarga yang diberikan kucing menanggung beban kerana kucing itu kena dilayan dengan makanan daging yang pernah diberikan oleh Tuan Shu.

Unknown said...

tahniah Penduduk-Penduduk Jelai diatas kemenangan anugerah Kampung cermelang

dan satu lagi pencapaian cemerlang
FAM,yang terkenal dengan keputusan yang TEGAS tapi SILAP.

Hajat Harimau Muda lebur

SINGAPURA - Hajat pasukan bawah 21 tahun Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Harimau Muda, untuk menyertai Liga S 2010 Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), tidak kesampaian kerana beberapa perkara teknikal.

Bagaimanapun, FAS memberi jaminan bahawa peluang pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan itu pada masa akan datang, tetap ada.

"Sebenarnya, kami memberi pertimbangan terhadap penyertaan Harimau Muda tetapi disebabkan perkara teknikal yang tidak dapat diselesaikan dan kesuntukan masa, kami tak dapat memenuhi permohonan FAM.

"Musim liga 2010 bermula pada 1 Februari ini dan kami perlu memberi masa secukupnya kepada pasukan lain untuk membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan ini," kata Setiausaha Agung FAS, Winston Lee, semalam.

Liga S disertai 12 pasukan, termasuk tiga pasukan luar Beijing Guoan, Etoile (Perancis) dan Albirex (Jepun

sumber sahih...Utusan Malaysia.

PERANCANGAN RAPI yang hebat oleh FAM nampaknya berhasil.

sekian ampun maaf jika terkasae bahasa.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas nasihat yang membina. kita mengalu-alukannya, kerana setiap yang baik itu datang dari allah s.w.t. juga. Terima kasih sekali lagi. Kejayaan Negara kita adalah atas doa dan usaha kita sendiri. Allah tidak akan ubah nasib seseorang itu, malainkan orang itu sendiri yang mengubahnya. salam sejahtera.