Template by:
Free Blog Templates

24 January 2010

Warga Emas Jangan Dipinggirkan

















Hujan turun agak lebat, angin pun kencang, namun tidak menghalang Saya melawat sepasang suami isteri di Kampung Bagan Bahru yang terlantar sakit dan memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat

Sisuami menitis air mata sebaik melihat kehadiran Saya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk beliau dan isteri. Alhamdullilah dalam usia hampir 80 tahubn itu, ingatan beliau masih kuat.

Bersama Ketua UMNO Cawangan, Shamsuddin Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Osman Ahmad Saya juga melawat seorang Ibu Tunngal di rumah yang berdekatan yang juga uzur. Anak lelaki beliau terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu beliau.

Dalam perjalanan keluar Saya juga sempat bertanya khabar dengan Ustaz Wahab Ismail dan beberapa penduduk yang lain.

Saya kemudian, ke Pekan Ijok dan sempat berumpa dengan beberapa orang penduduk yang sedia menunggu kedatangan Saya.

Sebelum ke Bagan Bahru, Saya mengadakan mesyuarat Jawtankuasa Penganjur Futsal dan Bola Jaring terbuka DUN Kubu Gajah yang dijadualkan pada 7 Mac ini di Lima gelanggang.

gelanggang untuk futsal ialah di Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Felda Ijok dan Pantai Besar manakal untuk Bola Jaring ialah di Padang Bpla Felda Ijok.

Saya juga melawat Kampung Sungai Dendang melawat Dewan Orang ramai yang akan diganti baru, beberapa rumah yang mohon mendapatkan bantuan dan penduduk untuk bertanya khabar, seorang daripadanya seorang ibu yang baru sahaja bersalin.

0 comments: