Template by:
Free Blog Templates

21 January 2010

Tempuh Membasmi Kemiskinan Tegar









Di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pagi tadi, Saya telah membangkitkan banyak perkara termasuk mengenai masalah pengangkutan awam.

Telah beberapa tahun kebelakangan ini, tiada Bas untuk pengunaan orang ramai di Kubu Gajah, Felda Ijok dan juga Batu Kurau. Saya mohon keputusan mesyuarat untuk membuat tindakan segera dengan merayu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz yang menjaga Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Saya mencadangkan agar Mara tampil membantu menyelesaikan masalah ketiadaan ketidaan bas. Ini adalah kerana tiada Syarikat Bas yang mahu beroperasi di Kubu Gajah dan Batu Kurau selagi terdapat kereta sapu.

Saya berharap akan mendapat maklumat segera mengenai perkara tersebut, barangkali dalam Mesyuarat Tindakan Daerah yang akan datang dan Pegawai Daerah LMS, Datuk Mahmud Murshidi bersetuju dengan saranan Saya dan akan segera menghubunggi Menteri berkenaan megnenai masalah tersebut.

Pada mesyuarat tersebut masalah Kemiskinan Tegar dan Setinggan juga menjadi perbincangan panjang lebar dan Saya sendiri mohon agar satu tempuh masa bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah kelewatan projek Jalan Kampung Mesjid, Kampung Teras Ulu Mengkuang dan beberapa projek lagi turut dibangkitkan.

Pada sebelah petangnya Saya hadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah. Masalah kelewatan memproses hak milik turut dibangkitkan, selain soal pencerobohan tanah Kerajaan.

Ketika menunggu Mesyuarat Tanah, Saya sempat berjumpa dengan beberapa orang Ketua Kampung dan Pengerusi Mesjid yang mohon mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah mereka.

Selepas Mesyuarat tersebut Saya melawat sebuah keluarga miskin di Kampung Padang Das. Saya amat simpati dengan Abdul Razak bin Bahari, 53 yang terlantar sakit dan terpaksa menanggung Isteri dan lima orang anak yang masih bersekolah.

Masalah keluarga tersebut, bagaimanapun telah dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mendapatkan bantuan saraan.

0 comments: