28 January 2010
Melawat Dinding Sebuah Rumah di Kubu Gajah Runtuh
Mujur tidak berlaku apa-apa pada Halid bin Osman bila menceritakan dinding bilik tidur rumahnya di belakang kelinik kesihatan di Pekan Kubu Gajah, tiba-tiba runtuh pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi. Halid ketika kejadian berlaku kebetulan berada di rumah.
Halid, 53 tahun yang masih bujang memberitahu Saya ketika melawat ke rumah beliau petang tadi selepas diberitahu mengenai kejadian tersebut.
Halid yang bekerja kampung percaya dinding bilik rumahnya itu runtuh kerana reput dimakan anai-anai. rumah itu dibina sekitar 37 tahun lalu. Beliau tinggal bersama Ibu dan seorang adik perempuannya.
Ketika berada di atas rumahnya, Saya mendapati lantai rumah tersebut juga agak reput dan segera meminta seorang kontraktor yang kebetulan ada bersama untuk memasang beberapa tiang pelapik bagi menggelakan bahagian bilik itu runtuh lagi.
Kontrektor berkenaan juga bersetuju untuk mengganti segera dinding papan yang runtuh itu.
Halid amat terharu diatas keperhatinan Saya untuk menggantikan kerosakan rumah beliau itu. Turut sama ialah Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Aliddin dan Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran.
Saya juga melawat kawasan rumah berhampiran yang terdedah kepada ancaman banjir jika hujan turun dengan lebat.
Saya sendiri mellihat di depan halaman sebuah rumah bagaikan kolam yang penuh dengan air. Saya harap Majlis Daerah Selama (MDS) akan bertindak segera mengatasi masalah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
akm..dato..
dato tahu tak bila rumah ni wujud...
..rumah ni wujud pada 8 march 2008..
Berapa usia rumah ini...
usia baru satu tahun sebelas bulan..
Post a Comment