Template by:
Free Blog Templates

10 December 2012

Wanita-PRU





Ahli-Ahli UMNO dinasihatkan agar menumpukan perhatian bagi kempen kemenangan Pilihanaya Umum (PRU) yang akan datang daripada memikirkan soal pemilihan jawatan dalam parti.



Kemenangan Parti pada PRU ke 13 lebih penting kerana ia merupakan penentu masa depan Kerajaan Barisan Nasional (BN).


Demikian dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis pemantauan persiapan jentera PRU ke 13 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Perak di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun Kubu Gajah, pagi tadi.










Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Daud Yusof dan ketua Wanita Bahagian, Sawipah Yahya adalah diatara 200 wanita yang hadir.

Katanya, jika UMNO gagal pada PRU ini, masa depan orang melayu juga akan turut terjejas dan lebih membimbangkan lagi jika ekonomi tidak stabil dan perkembangan agama semakin dipertikaikan.










Beliau percaya wanita akan terus menjadi kumpulan penting dalam meraih sokongan dan undi menjelang PRU yang akan datang.

Justeru, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti pergerakan tersebut bagi memantapkan jentera parti.










Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan, perpaduan parti menjadi keutamaan kekuatan BN menghadapi Pilihanraya yang akan datang dan soal ini tidak boleh dikompromi.

Datuk Rosnah kemudian diberi taklimat mengenai persiapan bilik Gerakan BN Parlimen Larut.

Wanita Perak adalah dalam siri lawatan menjelajah seluruh Negeri untuk menemui ahli-ahli mereka.

1 comments:

Anonymous said...

Kalau kita hendak meningkatkan ekonomi perlulah kita memilih wakil Melayu yang pencapaiannya cemerleng kedudukannya dalam bidang ekonomi supaya disegani bangsa asing.

Dulu semasa saya bekerja, orang Cina tak komplen saya kerana kelulusan saya lebih baik dari mereka.

Yang komplen saya hanya orang Melayu kerana mereka melihat KOSMETIK (bergaya, ketokohan )saya sahaja.

Saya berhenti pun disebabkan Melayu, terutama sekali mereka yang pandai cakap tapi tiada hasil.

Kalau agama kita hendak dihormati Baginda Sultan hendaklah membuang negeri mereka yang asyik mengata2 tentang agama Islam. Kalau dari Semenanjong Buang ke Labuan. Kalau dari Malaysia Timor buangkan ke Pulau Pinang.

Kalau kita hendak bersatu padu jadilah tauladan apa yang terjadi tentang pemilihan calon PAS di Selama.

14 undi diberikan kepada Dr. dan hanya 9 diberikan kepada payung terjun Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin.

Saya harap PAS tak pilih berdasarkan nepotisme kerana parti pembangkang selalu sebut UMNO nepotisme/kronisme.

PAS janganlah jadi parti nepotisma. Mesti ada keadilan. Beri peluang Dr, Jadi YB.kerana undi Cina/India pun boleh dapat.