Template by:
Free Blog Templates

16 December 2012

Titi Roboh


Agak aneh dan mengejutkan sebuah titi konkrik yang haya sebulan siap dibina di Kampung Teras dekat Ijok, tiba-tiba roboh empat hari yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar telah meminta Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah menyiasar hal tersebut Apa kah punca sebenar yang mendorong kepada titi itu runtuh?
 
Justeru, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan juga diminta agar membuat siasatan segera dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.


















Beliau berkata demikian selepas melawat titi berkenaan petang tadi selepas menerima aduan daripada Ketua Kampung berkenaan, Abdul Wahab Mat Yatam.

Beliau telah meminta Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Harun Rawi membantu memperbaiki segera titi berkenaan bagi menggelakan kesulitan perhubungan penduduk untuk ke luar mencari rezeki.

1 comments:

Anonymous said...

Dalam kawasan ADUN Kubu Gajah saya lihat Titi Teras yang paling banyak problem.

Saya khuatir tentang keupayaan Ketua Kampungnya kerana beliau tidak tahu kepada siapa hendak mengadu tentang problem Kampung Tersebut.

Beritahu beliau jumpa pegawai Daerah kalau ada masalah begini, DID kalau ada masalah saliran, PWD kalau ada masalah jalan, Kebajikan Masyarakat dan Ikhtiar kalu ada tak makan. Saya pula macam mengajar murid darjah satu. Kita mesti selalu beri ingatan walaupun mereka tahu seperti apa yang dilakukan OUM kepada saya. Besok nak mengajar pun hari ini mereka talipon lagi. Harap ketua kampung juga kita buat demikian.

Saya rasa ramai ketua kampung tak tahu kepada siapa nak mengadu kecuali YMDS.

Saya masih mahu YMDS menupukan projek di mana semua masyarakat mendapat nanafaat WIN-WIN seperti cadangan YMDS hendak membuat tadahan air untuk mengelakan banjir, membina universiti di Pondok Tanjung (peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan) menaik taraf pekan Kubu Gajah dan Ijok, jalan Jelapang-Selama dsbnya.

Orang kita sudah jemu kerja seperti naik taraf jalan, membaiki rumah, makan kenduri, menziarah kematian dan seumpamanya.

Perkara inilah YB2 Selama lakukan sejak Dato' Haji Hussein lagi. Tiada perubahan hingga YMDS jadi YB. Ziarah memang selalu kita buat walaupun kita tak jadi YB. Sudah tentu YMDS tahu jalan rosak di IPOH kita laporkan ke Majlis bukan kepada YB Lim Kiat Siang?

Cuba YMDS belajar dengan Dato Hamidah Othman di mana Delima-Bayu dan Theme Park akan di bina dikawasannya. Kelemahannya ialah di tempat parti lawan.

Kesimpulannya buatlah sesuatu yang menguntungkan semua dan biarkanlah agensi yang berkenaan membaik pulih sungai, jalan, membantu rakyat miskin. Kalau tidak kerja mereka bertindih dengan kerja YMDS dan amat merugikan kerajaan dengan memberi2 gaji untuk kerja yang serupa misalnya kerja kebajikan masyarakt dengan keja YMDS.

Tukarkan pegawai kebajikan masyarakat yang tidak dapat mengenalpasti mereka yang miskin di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Dulu saya cuba tukarkan pegawai pertanian Selama kerana tidak faham tentang permohonan saya tapi ramai orang tolong dia. Saya pula mula kesihan bila liaht beliau. Kena ilmu Siam agaknya.

Minta YMDS tukarkan pegawai yang tidak peka kehendak rakyat kalau tidak, rakyat sentiasa mempersalahkan YMDS. Perkara ini sangat tak betul. Yang salah pegawai yang berkenaan dan ketua kampung (yang takut jumpa mereka yang berwajib) tapi mereka hendak boikot YMDS. Kalau begini jadinya susahlah BN nak menang.