Template by:
Free Blog Templates

28 February 2010

Zambery Jangan Bimbang, beliau Tidak Keseorangan

Jangan sesiapa pertikaikan sokongan padu kami ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan Kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Pendirian kami adalah ikhlas dan berasaskan prinsip dan perjuangan rakyat. Justeru adalah menjadi hak dan sokongan kami terhadap beliau dalam menanggi apa juga isu, sekalipun beliau terpaksa mengambil tindakan Mahkamah ke atas mana-mana pihak dan individu dalam membersihkan nama baik beliau.

Sebagai Menrteri Besar, beliau adakan Ketua Parti dan Pentadbairan Kerajaan BN dan dalam hal ini Dr Zambery tidak boleh keseorangan, terutama dengan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri samada di dalam mahu pun di Luar Negara.

Ternyata Pembangkang kehabisan modal hingga sanggup melemparkan fitnah bagi menjatuhkan nama baik Pemimpin BN. Merfeka seperti takut pada bayang-bayang sendiri.

Kami menyokong Pemimpin bukan semmata-mata kerana menjadi Pak Turut. Tetapi dalam konteks prinsip perjuangan.

Justeru janganlah ada sesiapa yang meragui atau cuba menangguk di air yang keruh dalam isu sokongan dan kerjasama kami kepada Dr Zambery. Beliau tidak keseorangan dalam menanggi soal mentadbir Negeri Perak.

Kami sentiasa berdiri teguh di belakang beliau terutama dalam mnghadapi sebarang ancaman dari Pembangkang yang cuba mencetuskan keadaan tidak selesa selepas BN ambil kuasa Petadbiran Kerajaan Negeri.

27 February 2010

ADUN BN Perak Sentiasa di Belakang Zambery dalam apa juga situasi

Adun-Adun Barisan Nasional (BN) sepakat berdiri teguh di belakang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dalam apa juga tindakan beliau mempertahankan peribadi beliau daripada sebarang bentuk fitnah oleh mana-mana pihak dan individu yang bertanggung jawab.

Sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempastikan sokongan padu terhadap kepimpinan beliau.

Kami berdiri diteguh di belakang Dr Zambery yang mengambil tindakan menyaman seorang peimpin Pembangkang dan beberapa yang lain yang terbabit membuat fitnah terhadap beliau baru-baru ini.

Diharap dengan tindakan Dr zambery itu ia akan menjadi tauladan kepada pihak-pihak lain agar tidak semudah itu menyebaran fitnah.

25 February 2010

FAMA Jangan Hanya Lihat Sebelah Mata








FAMA jangan hanya melihat sebelah mata untuk memajukan hasil Orang Kampung. Saya berharap ternakan Udang Galah di Mukim Ijok yang kebanyakan diusahakan oleh kalangan Masyarakat miskin turut diberikan perhatian oleh agensi berkenaan.

Pada masa ini terdapat 120 buah kolam undang galah di Mukim Ijok dan diantara yang terbesar diusahakan di Perak, tetapi tidak mendapat perhatian daripada FAMA.

Saya berbangga dengan semangat pengusaha-pengusaha udang galah di Sungai Jerniah dan Keliang Gunung serta sekitarnya, tetapi ia masih belum cukup tanpa sokongan agensi-agensi lain.

Justeru Saya berharap, Program Pembangunan Wilayah Koridor Utara akan melihat usaha memajukan lagi produk Masyarakat Kampung yang begitu banyak.

Produk mereka ini tidak akan ke mana-mana tanpa modal yang cukup selain prasarana yang sesuai dan mencukupi.

Hari ini, Saya telah dijemput menyampaikan dividen kepada pengusaha-pengusaha udang galah di Sungai Jernih. Saya turut melepaskan kira-kira 5,000 ekor benih udang galah di kolam seorang pengusaha yang menanggung kerugian akibat bannya pecah.

Bersama penduduk dan tetamu yang lain Saya turut berkelah makan tengahari dengan hidangan udang galah yang ditangkap pada sebelah pagi.

24 February 2010

Pembangkang Masih Bersendiwara?

Kerajaan Barisan Nasional Perak tidak pernah menolak kerjasama daripada Pembangkang, sebaliknya merekalah yang telah meletakan syarat untuk berbuat demikian.

Mereka tidak perlua berdolak dalik dalam hal ini. Jangan kelirukan rakyat semata-mata untuk mendapat publisiti murah.

Saya percaya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir begitu ikhlas, sebaliknya Pakatan Pembangkang yang mencari alasan untuk tidak mahu bekerjasama dengan meletakan syarat.

Dr Zambery selepas Mahkahmah Persekutuan membuat keputusan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah, secara ikhlas berharap kemelut politik yang berpanjangan dan merugikan masa pembangunan, itu berhakhir dan tidak ada lagi pertikaian.

BN begitu ikhlas mengharapkan kerjasama daripada Pembangkang dalam membangun dan memajukan rakyat Perak, tetapi mereka yang meletakan syarat seolah-olah menggelak daripada diri untuk bersama-sama Kerajaan pimpinan Dr Zambery.

Justeru janganlah masih lagi berbunyi suara seolah-olah BN yang menolak kerjasama daripada Pembangkang.

Saya juga ikhlas dalam hal ini kerana tidak apa apa yang rugi sebaliknya rakyat yang lebih beruntung kerana kita tidak habis masa berpolitiking sebaliknya sama-sama mengejar kemajuan.

Hampir dua tahun selepas Pilihanraya Umum 2008 kita bergolak dengan politik dan pertikaian. Jangan lupa rakyat mmemerhati semua ini dan mereka juga semakin muak dan jemu, lebih-lebih lagi dengan sendiwara politik Pembangkang.

Adakah BN Kalah Kerana Koridor Utara?

Apah kah Pembangunan Koridor Wilayah Utara masih releven? Tidak dinafikan ianya dirancang sebelum Pilihanraya Umum 2008 dan dilulus di Parlimen.

Disebabkan Koridor Utara inilah, Barisan Nasional (BN) barangkali kalah di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, tanya seorang jurucakap yang hadir di taklimat khas dan dailog yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.

Begitupun di kesempatan majlis tersebut yang dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO Bahagian di Negeri-Negeri sebelah Utara, mengharapkan Program Pembangunan Koridor Wilayah Utara itu akan memberi nafas baru selepas berlaku rombakan dalam pengurusan perlaksananya, baru-baru ini.

Kerajaan telah melantik Ketua Esekutif (CEO) Pembangunan Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq dan beliau telah mengadakan majlis taklimat dan dailog bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang terlibat yang dianjurkan oleh Penasihat Khasnya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Lebih dua tahun berlalu, tetapi masih belum nampak apa-apa kesan yang membanggakan. Demikianlah rungutan rata-rata mereka yang hadir.

Di Perak kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat Pembangunan Koridor Utara itu ialah Larut, Gerik, Lenggong, Taiping, Bukit Gantang dan Kuala Kangsar dalam program Pertanian, Ternakan dan Perikanan.

Pelancaran besar-besaran telahpun diadakan di Parlimen Bagan Serai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan harapan ia memebri sinar baru kepada kawasan-kawasan luar bandar yang masih mundur dan mempunyai ramai bilangan penduduk miskin.

Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri di Negeri-Negeri sebelah Utara Semenanjung adalah anggota Lembaga Pengarahnya.

Selepas majlis taklimat dan dailog itu, Redza Rafiq dan pasukan pelaksananya diminta agar pandangan dan peluang penyertaan penduduk tempatan janganlah diketepikan begitu sahaja.

Mereka harus ambi kira pengorbanan rakyat yang berhasrat memilikki tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan tersebut sebelum ini, tetapi tidak berpeluang kerana Kerajaan ingin melaksanakan program pembanguna Wilayah Utara.

21 February 2010

Dr Zambery Jangan Tunduk Kepada Desakan Pembangkang








Rakyat tidak harus dikelirukan lagi dengan isu perlantikan Menteri Besar Perak kerana Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang sah.

Malah bagi Barisan Nasional perlantikan ADUN Pangkor itu, sudah lama sah dan tidak pernah dipertikaikan, kecuali Pembangkang yang menimbulkan masalah dan tidak mahu menerima hakikat sebenar.

Dalam Ucapan di Majlis Kesyukuran selepas Mahkamah Persektuan membuat keputusan Dr Zambery adalah Menteri Besar yang sah, Saya juga mengeaskan bahawa Dewan Negeri (DUN) Perak tidak harus dibubarkan semata-mata untuk memuaskan tuntutan Pembangkang.

Tindakan menghina Institusi Raja-Raja berhubung dengan perlantian Menteri Besar ini juga amat dikesali kerana ia memberi ontoh yang tidak baik kepada generasi muda.

Kemelut Politik Perak sebenarnya sudah berakhir selepas kes Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut, tettapi Pembangkang yang tidak berpuas hati dan mahukan DUN dibubarkan dan dibuat Pilihanraya baru.

Mereka, Pembangkang sudah hilang suara majoriti di DUN Perak, maka mengikut proses Demokrasi BN adalah Kerajaan yang sebenar.

Saya juga menyatakan bahawa Pembangkang tidak seharus meletakan syarat sebagai menyahut saranan Dr Zambery untuk bekerjasama dengan BN bagi memajukan Negeri.

Kami ADUN BN bersepakat untuk menolak syarat Pembangkang itu dan berdiri teguh di belakang Meneri Besar dalam menghadapi apa jua situasi dan kerenah Pembangkang.

Jika mereka ikhlas membela nasib rakyat, jadilah Pembangkang yang berhemah dan bersedia memberi kritikan dan pandangan yang positif.

Rakyat harus menolak Pembangkang yang bersikap hanya ingin menimbulkan huru haran dan kekacauan. Pada masa yang sama ,Dr Zambery jangan tunduk kepada sebarang desakan Pembangkang, sebaliknya tumpukan kepada agenda BN untuk membela nasib rakyat/

Turut hadir di majlis kesyukuran itu ialah ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt. (B) Najmuddin Haji Elias, bekas ADUN Batu Kurua Haji Abdul Manan Mohd Ali, Ketua Wanita Bahagian Larut, Hajjah Sawipah Yahya dan Ketua Pemuda Bahagian, Anuar Ariffin.

20 February 2010

Jangan Lupa Jasa Tentera



Jasa Anggota Tentera amatlah besar untuk menjaga keamanan daripada ancaman musuh dalaman dan juga luar Negara.

Undi mereka juga penting dalam setiap Piliharnaya UMUM dan Kecil. Tetapi janganlah mereka ini hanya diperlukkan bila tiba musim Pilihanraya.

Ikatan hubungan dengan mereka ini haruslah dikekal dan dipereratkan setiap masa kerana selain menjaga keamanan Anggota Tenterra juga menjalankan aktiviti kemaasyarakatan sepoerti gotong royong.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zaihid Hamidi selalu mengingatkan pentingnya hubungan masyarakat dengan Anggota Tentera setiap masa.

Saya sendiri mengunjung hormat Panglima 2 Briged, Brig. Jen. Zulkifli Mansor di Pejabat beliau di Ipoh untuk bertanya khabar setelah lama tidak berjumpa. Kami pernah sama-sama bermain Bola Sepak persahabatana antaara Pasukan Menteri Besar Perak dengan Pasukan 2 Briged, ketuka itu beliau berpangkat Major.

Atas kebenaran beliau juga, Pasukan Bola Sepak Perak berpeluang menjalani latihan di Kem Tentera di Taiping dan juga di Jalan Tambun di Ipoh.

Brig.Jen. Zulkifli adalah juga seorang yang amat dikenali kerana aktiviti kemasyarakatan. Dibawah tangan beliau banyak kegiatan yang melibatkan tentera dengan orang ramai telah dijalankan.

Saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih diatas kesudian beliau menerima kedatangan Saya bagi mengeratkan lagi hubungan kedua belah pihak.

Sempena dengan Hari Ulang Tahun ke 77 Tentera Darar, Saya ingin mengucapkan Tahniah semoga Angkatan Tentera Darat terus Gagah dalam menggekalkan Kemanan dan Kesejahteraan Negara.

Rumah Bantuan PPRT Tidak Berkualiti?





Perlaksanaan Rumah PPRT harus dilihat kembali kerana ada yang dibina tanpa mengikut spekfikasi dan meragui.

Setelah mendapat aduan, Saya melawat sebuah rumah bantuan PPRT yang dibina di Felda, Ijok yang sudah lama siap sejak bulan Ramadan yang lalu, tetapi hingga ke hari ini masuk belum dimasuki bekalan air.

Penerima bantuan tersebut, Adnan bin Abu Bakar, 52 tahun bingg Fung kerana sudah berbulan rumah itu siap, tetapi tidak dapat memasukinya kerana ketiadaan bekalan air.

Selepas meninjau, Saya menghubunggi Pengurus Agensi yang terlibat membina rumah tersebut, menyalahkan kontraktor terbabit. Begitupun, katanya pemilik rumah berkenaan sudah boleh mendudukki rumah tersebut.

Begitpun, Adnan berkatan beliau dan keluarga memang berhasrat untuk masuk ke rumah itu dan telahpun mengadakan kenduri kesyukuran, tetapi masalahnya ialah ketiadaan air.

Apabila melihat sendiri keadaan rumah tersebut yang dikatakan berharga lebih RM 30 ribu, kualitinya boleh dipersoalkan.

Saya harap pihak yang mengeluarkan bantuan rumah PPRT itu hendak lah turun dan melihat sendiri spekfikasi pembinaan rumah tersebut. Sebelum ini, Saya juga telah membangkitkan mengenai keengganan kontraktor membina sebuah rumah bantuan PPRT di Kampung Teras.

Tetapi, setelah diadukan, pembinaan rumah tesebut yang tertangguh perlaksanaannya dibina oleh kontraktor berkenaan.

Janganlah kerana rumah tersebut merupakan bantuan Kerajaan kepada rakyat termiskin, perlaksanaanya diambil mudah atau bagaikan seperti melepas batuk ditangga.

Mr Famous







Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengeluarkan produknya sendiri dengan Jenama MR Famous, tidak lama lagi.

Untuk itu, satu perjumpaan dengan pengeluar-pengeluar produk tempatan telah diadakan bagi mendapatkan kerjasma mereka. Setakat ini, rata-rata yang hadir bersetuju untuk bergabung dengan PPK Batu kurau bagi mencapai tujuan tersebut.

Saya telah mempengerusikan satu perjumpaan untuk membincangkan tujuan tersebut di Bangunan PPK Batu Kurau.

Hasrat PPK berbuat demikian ialah untuk membantu memasarkan segala produk ahli unit Peladang di kampung-Kampung yang kini bertindak dengan cara dan haluan masing-masing.

Apa yang diharapkan selepas ini ialah peningkatan pemasaran dan kualiti serta memberi pengalaman baru kepada setiap pengeluar dan pembuat peroduk tersebut.

Selepas perjumpaat tersebut, Saya telah melawat sebuah bengkel pengeluar buah hulu dan tempeyek di Kampung Changkat Perah.

18 February 2010

Bantuan Otomatis kepada Warga Emas Yang Uzur?








Barangkali sudah tiba masanya semua Warga Emas yang uzur diberikan bantuan membiyai perubatan mereka secara otomatis sebaik mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya timbulkan perkara ini kerana ada di kalangan mereka walaupun sudah membuat permohonan, tetapi masih ada yang gagal mendapat bantuan. Yang menyedihkan lagi ada yang sampai meninggal dunia, menunggu bantuan tersebut.

Saya amat simpati dengan mereka sewaktu membuat lawatan. Hari ini, Saya sendiri melawat pasangan Warga Emas, Ahmad bin Bidin, 82 dan isteri Rabiah binti Hamid, 74 tahun,, selain Aishah buinti Haji Hashim, 82 tahun dan Saadiah binti Taib, 81 tahun di Felda, Ijok.

Malah, Puan Rabiah, menitis air mata, terharu melihat kedatangan Saya sanbil sempat mengucapkan Terima kasih.

Saya berharap cadangan ini mendapat pertimbangan dan perhatian serious daripada Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil yang amat perihatin dengan masalah kebajikan rakyat hinggakan pernah mengingatkan kepada Jabatan berkenaan supaya memproses dan meluluskan setiap permohonan itu dalam tempuh dua minggu.

Yang menyedihkan bila melihat warga emas yang uzur dan tinggal sebatang kara, tanpa pemerhatian oleh sanak saudara.

Saya berharap Jabatan Kebajikan dalam memproses permohonan warga emas ini janganlah terlalu mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang tiada sebarang pendapatan.

Saya menerima banyak rungutan daripda pemohon yang bukan sahaja mengenai kelewatan jawapan, tetapi cara penilaian pemilihan permohonan yang dilaksanakan.

Ada yang sepatut dapat bantuan, tetapi tercicir manakala mereka yang mampu, tetapi diberikan keutamaan, Mereka berharap tindakan segera diamil bagi mengkaji semula cara penilaian permohonan tersebut.

17 February 2010

JKKK bukan kelas ke 2








JKKK di DUN kubu Gajah diingatkan supaya mengadakan mesyurat tidak sekadar untuk menuntut elaun atau saguhati, sebaliknya bertanggung jawab mengenai masalah kampung mereka.

JKKK adalah Agen Kerajaan dan jangan dianggap sebagai kelas ketiga. Mereka ini adalah Mata dan Telinga Kerajaan.

Mereka juga diseru supaya mengadakan mesyuarat kerap kali bagi membincangkan masalah kampung dan juga masyarakat.

Ibu Tunggal, keluarga miskin, pendidik dan penyalahgunaan dadah ada diantara perkara penting yang harus diberikan perhatian.

Hari ini, Saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Kampung di DUN Kubu Gajah di Pejabat Penghulu Ijok di Kampung Mesjid, yang turut dihadiri oleh Penghulu Mukim, Mahmud Fauzi Ghazali dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Saya juga mengingatkan mereka supaya menyediakan data base dan statistik mengenai kemiskinan dan ibu tunggal dan laporan itu harus dihantar kepada pejabat Wakil Rakyat dan Penghulu serta Pegawai Daerah untuk tindakan.

Mereka juga diminta supaya mengenalpasti produk tempatan di kampung masing-masing untuk di ketengahkan. Program home stay di Bagan Bahru akan digerakan melalui acara mingguan untuk menarik lebih ramai datang ke situ seperti persembahan kebudayaan dan keseniaan.

Saya juga meminta agar mereka memantau teks kutbah Jumaat agar tidak menyimpang daripada apa yang telah diarahkan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama.

Di perjumpaan tersebut juga disampaikan papan-papan tanda rumah dan alamat ketua kampung yang mudah dihubunggi oleh orang ramai.

Selepas itu, Saya turut hadir ke mesyuarat JKKK Kampung Rantau Panjang, Selama sambl mendengar pandangan dan maklumat daripada mereka.

Saya turut memuji JKKK tersebut kerana mengadakan mesyuarat setiap bulan di bawah Ketua Kampung yang baru.

Terlantar Sakit dan Memerlukan Bantuan







Hiba dan rasa simpati, rasanya melihat keadaan Warga Emas, Mohd Ismail bin Yusof, 75 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Bangol Jerai Betina, Kampung Mesjid, Ijok, pagi tadi.

Ketika melawat ke rumahnya, beliau ditemani isteri dan beberapa orang anaknya,tetapi tidak sedar.

Ismail cukup aktif dengan kegiatan kampung sebelum jatuh sakit. keluarga beliau juga sedang menunggu, permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,yang telapun diajukan baru-baru ini.

Saya akan membawa perkara tersebut dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi, besok pagi.

Selepas itu, Saya melawat sebuah rumah Puan Zarani binti Hussein, 50 tahun yang uzur dan perlu bantu untuk diperbaiki.

keadaan rumahnya tidak begitu selamat kerana sebahagian telah pun dimakan anai-anai dan ketiadaan beberapa tiang.

Saya telah mengarahakan bantuan segera bagi membantu Zarani yang tinggal di Kampung Mesjid.

15 February 2010

Malaysia Negara Contoh Sambutan Raya Cina

SambutanTahun Baru Cina tetap meriah, jika dibandingkan dengan Negara Jiran yang tetap bekerja seperti biasa pada hari ini (Isnin 15 Februari).

Di Malaysia, Cuti umum diberikan pada hari Isnin dan Selasa dan Pejabat Kerajaan mula dibuka pada hari Rabu.

Di Negara jiran itu, sambutan Tahun Baru Cina pada hari Ahad, tetapi pejabat tetap dibuka hari Isnin dan tiada cuti umum.

Masyarakat Cina di Malaysia bertuah kerana diberikan pengiktirafan cuti umum dua hari sebagaimana Hari Raya Aidilfitri.

Saya membangkitkan perkara ini, kerana tidak mahu ada pandangan seolah-olah berlaku diskriminasi kaum di Malaysia, sedangkan rakyat pelbagai kaum hidup daklam penuh mesra dan sejahtera.

Tidak perlu lagi dibandingkan dengan Negara-Negara lain, ambil Negara jiran kita sudahlah sebagai contoh betapa masyarkata cina dan yang lain tetap mendapat pengkiktirafan bila menyambut perayaan mereka.

Yang jelas, Kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan menhyambut hari kebesaran dan mengamalkan budaya serta keseniaan mana-mana bangsa di Negara ini semenjak Merdeka lagi.

Hasrat Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadikan 1 Malaysia tidak harus diragui oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menyekat kebebasan yang ada, asalkan kita tahu had dan batas demokrasi yang ada.

Selalunya bila sambutan tahun baru cina diadakan, rumah-rumah terbuka dianjurkan oleh Pemimpn dan Tokoh politik dari kalangan masyarakat cina, tetapi berbeza kali selepas tercetus semangat 1 Malaysia dan rakyat didahulukan serta pencapaian diutamakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir menunjukan contoh yang baik bila mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kediamannya di Jalan Sultan Idris Shah di Ipoh pada hari Ahad.

Sambutan rumah terbuka beliau dan Isteri diluar dugaan dengan kebanjiran rakyat pelbagai kaum dan agama. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi silaturahim dan semangat perpaduan.

Diharap sikap sedemikian akan diikuti oleh lain-lain pemimpin Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai hasrat 1 Malaysia. Lebih baik lagi jika ia diadakan di peringkat akar umbi supaya lebih ramai rakyat dapat merasakan sambutan tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan Gong Xi Fatt Cai, rakyat Malaysia hidup dalam aman damai dan sejahtera selalu.

14 February 2010

Khutubah Bukan Untuk Berpolitik

Ramai yang kecewa dan tidak berpuashati kerana masih berlaku teks khutubah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama tidak dibaca oleh Imam di Negeri Perak.

Mereka masih tidak indah arahan yang dikeluarkan. Menyedihkan lagi ada yang menghentam Pentadbiran Kerajaan dengan tanpa sebab.

Seorang Ketua Cawangan UMNO merungut dan kecewa dengan keadaan tersebut sambi berkata: "kami masih ada maruah dan sama sekali tidak mahu bersikap kurang ajar."

Sebelum ini bekas seorang Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pernah bertindak menghalang seorang Imam Mesjid yang tidak membaca khutubah yang disediakan oleh Jabatan Agama.

Perkara ini juga pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ia amat dipandang serious.

Saya berharap Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor Alhafis memandang serious perkara ini dan mengambil tindakan segera bagi menggeakan sebarang perpecahan dan ketegangan di kalangan Masyarakat Islam.

Jangan cemarkan Rumah Alah dengan Khutubah yang boleh mneybabkan sengketa sebaiknya gunakanlah ia sebagai sebaik tempat untuk berdakwah dan memberi nasihat.

13 February 2010

Khutubah Jumaat di Perak ada yang diselewengkan?

Khutubah Jumaat di Mesjid Negeri memberi ingatan kepada Masyarakat mengenai bahaya dadah dan ia tiada jalan kompromi.

Begitupun, peliknya masih ada Mesjid di Perak yang tidak akur dengan teks khuitubah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam, sebaliknya menggambil kesempatan menghemtam Kerajaan.

Ceramah mengenai dadah yang disampaikan wakil dadah kebangsaan walaupun pendek, tetapi memberi kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh utama Negara.

Ustaz berkenaan menyeru Masyarakat bersatu dalam memeranggi wabak dadah yang mengancam dan menjadi masalah sosial remaja terjebak dengan kegiatan tidak bermoral.

Minggu ketiga bulan Februari ini adaah bulan kempen memeranggi dadah dan diharap ia bukan sahaja untuk membangkitkan lagi kesedaran di kalangan Masyarakat, tetapi juga mahukan penyertaan dan komitman rakyat secara total.

Kempen tersebut juga diharap akan mendapat komitmen dan kesedaran masyarakat untuk sama-sama memeranggi dadah habis-habisan bagi menjadikan Negara bersih daripada dadah.

Negara akan lebih stabil dan sejahtera serta aman jika masalah sosial berpucan daripada pengaruh dapat diatasi.

Ceramah di Mesjid dilihat sebagai satu pendekatan yang positif untuk menyedar dan menarik perhatian rakyat mengenai gejala tersebut yang semakin membimbangkan jika tidak diambil tindakan segera oleh semua pihak.

Kerajaan semata-mata tidak mampu untuk mengatasi masalah tersebut tanpa kerjasama dari masyarakat.

Zambery Hargai Bloggers



Peranan Bloggers tidak boleh dipandang sepi dan amat wajar jika mereka menjadi rakan yang boleh membantu membangunkan Masyarakat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir amat menghargai usaha mewujudkan laman web dan blog kesemua 24 UMNO Bahagian di Perak dan bengke media baru yang dianjurkan oleh Sekretariat Media Baru Badan Perhubungan UMNO Negeri baru-baru ini.

Beliau turut menyarankan agar kesemua Bahagian menkemas kini laman blog mereka dan berharap kemudahan Wifi disediakan di semua Pejabat UMN Bahagian dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di seluruh Perak.

Dr Zambery mengulas laporan Skretariat Media Baru di Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Beliau turut berterima kasih kepada dua tokoh Wartawan Kanan, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Datuk Rosnah Majid yang telah sudi memberi ceramah mereka di bengkel yang diadakan.

Pada Mesyuarat tersebut seluruh Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri mengucapkan rasa Syukur dan ucapan Tahniah kepada Dr Zambery diatas keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa beliau ada sah sebagai Menteri Besar Perak.

Di Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Zambery juga diumumkan program Juara Rakyat peringkat Negeri Perak yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin di Slim River, awal Mac.

Gerai-gerai Bahagian juga akan disediakan dalam program tersebut yang juga akan dihadiri oleh Pemimpin UMNO dan Komponen BN.

Selepas Mesyuarat tersebut, Satu Majlis Kesyukuran diadakan di Kediaman Menteri Besar yang dihadiri oleh ribuan rakyat pelbagai bangsa dan Agama.

Selain sesi penjelasan berhubung isu Mahkamah berkaitan dengan Menteri Besar, syarahan Agama dan solat Maghrib dan Isyak juga diadakan.

DrZambery dalam Ucapan beliau menegaskan bahawa BN akan terus bersuara dan membela nasib rakyat tidak agama dan kaum, yang penting ialah menjamin kesejahteraan rakyat.

12 February 2010

Jasa Warga Emas Tidak Ternilai




Warga Emas, Salmiah binti Dau, 81 tahun, begitu terharu sambil mengesat air matanya ketika Saya melawat beliau di rumahnya di Kampung Mesjid, Ijok.

Beliau yang ditemani oleh seorang anak lelakinya begitu gembira kerana Wakil Rakyat masih sanggup datang melawat beliau yang uzur.

Terima kasih, katanya sambil menghulurkan tangan ketika kami bersalaman. Saya juga merasa tersentuk melihatkan keadaan beliau.

Di zaman muda dan ketika masih sihat, Salmiah cukup aktif dalam kegiatan masyarakat dan cukup dikenali dan lawatan Saya adalah sebagai menghargai segala pengorbanan mereka dalam sama-sana mebangunkan Bangsa, Agama dan Negara.

Kemudian, Saya melawat seorang lagi Warga Emas, Zaleha binti Hussein, 85 tahn yang tinggal di kampung bagan bahru. Yang buat Saya tersentuh ialah beliau masih mengenali Saya dan begitu gembira dengan kehadiran Saya.

Alhamdullulah dengan lawatan sedemikian sambil dapat melihat keadaan penduduk Waraga Emas yang uzur, Saya juga dapat memberi sedikit sumbangan.