Template by:
Free Blog Templates

25 April 2010

Tidak menghampakan penduduk Titi Ijok












Walaupun balik subuh daripada kempen Pilihanraya Kecil (PRK) hulu Selangor, lewat pagi, tetapi Saya tidak menghampa program bersama penduduk-penduduk di Kampung Titi Ijok dalam DUN Kubu Gajah tengahari tari.


Di majlis tersebut Saya telah meminta penduduk memberi kerjasama dalam menjamin kelancaran pembanguan di kampung-kampung termasuk memberi izin keatas tanah mereka untuk tujuan tersebut.


Perlaksanaan projek Kerajaan kadangkala terkendala kerana tidak mendapat keizinanan tuan punya tanah.


Di majlis tersebut masalah Titi, Dewan, isu tapak kediaman, bantuan KWAMP, jalan ke rumah dan gaji kakitangan Ladang.


Dengan bermotosikal Saya masuk melawat kampung Titi Ijok termasuk Rumah Ibu Tungal, Inah binti Anang, 40 tahun yang mohon bantuan prokek PPRT, Warga Emas, Minah binti Dahalan, 80 tahun yang juga Ibu Tunggal, Warga Emas Rahimah binti Manap, 72 tahun juga Ibu Tungggal dan Saerah binti Karim, 61 tahun, seorang OKU dan Ibu Tunggal.


Kebayakan mereka mohon mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ada juga yang mengadu, telah mohon tetapi hingga sekarang belum mendapat jawapan.


Bagi Saerah yang cacat penghilatan dan tinggal bersama seorang anak bongsunya mengadu tapak rumah yang beliau duduki sekaang adalah milik ladang dan mohon mendapatkan satu tapak baru daripada Kerajaan.


Turut hadiri ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Mat Saat dan ahli Jawatankusa beliau.


Di majlis dailog tersebut, turut hadir ialah Ketua Cawangan Khas PDRM Selama, Mohd Salleh bin Hanipiah , Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah binti Aliddin, Ketua Kampung Tebing Tinggi Azemi Sabran dan Ketua Kampung berdekatan.

1 comments:

Anonymous said...

Salah satu daripada kampung yang tertua yeng berdekatan dengan Kubu Gajah selain daripada Tebing Tinggi dan Sungai Jambu ialah Titi Ijok.

Yang membuka Kubu Gajah ialah orang Titi Ijok dan Tebing Tinggi. Mereka membuat pondok berdepan dengan Kedai Majlis kedai Suhaili/rumah Pak Ali. Cuba tanya Pak Ali tanah lesen siapakah yang terltak di tempat tersebut.

Tapi pembangunan Tebing Tinggi dan Titi Ijok telah ketinggalan jika dibandingkan dengan FELDA, Kubu Gajah, juga Sg. Dendang dan Bagan Baru.

Semua orang sana bersekolah di Sekolah Melayu Tebing Tinggi.

Kenapa kedua-dua kampung ini ketinggalan ialah disebabkan ramai penduduk berpindah termasuklah bapa Encik Abu Samah Aliddin. AJK Bahagian
Ketua kampung dari Lembah keluang ke Kubu Gajah.

Penduduk Tebing Tinggi terutama sekali Kg. Raja dan Kg. Tengah begitu juga di Titi Ijok pindah ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah mereka pula tidak produktif.

Kerajaan tidak akan membangunkan Kg. Raja atau Kg Tengah kerana tiada penghuni. Lagi mereka lari lagi tiada pembangunan.

Sekian untuk makluman YMDS.

Terima kasih.