Template by:
Free Blog Templates

11 April 2010

Ternakan negara di Kubu Gajah




Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, tidak menolak Keuntungan besar yang akan diperolehi untuk mengubah masa depan DUN Kubu Gajah dan Parlimen Larut pada keseluruhannya, ekoran Pembukaan Ternakan Kambing Bore Negara di Ladang Pondok Tanjung, berhampiran dengan Sungai Seger dalam DUN Kubu Gajah.


Kampus Universiti adalah cadangan awal untuk dibuka di sini atau sebuah Kolej yang ada kaitan dengan kajian dan penyelidikan ternakan.


Lebih penting lagi ialah tidak meminggirkan hasrat Kerajaan untuk menggurangkan jurang kemiskinan tegar di kalangan rakyat Luar Bandar.


Justeru, Dr Zambery berharap keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan untuk menyertai program ternakan Kambing Bore.


Menteri Besar menghabiskan masa satu jam melawat kandang Kambing Bore di Pusat tersebut sambil mendengkar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai-Pegawai berkenaan.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 500 ekor Kambing yang telah ditempatkan di situ. Projek tersebut membabitkan sekitar 10,000 ekor Kambing apabila siap sepenuhnya di kawasan seluas 3,000 ekar.


Projek ini adalah cetusan idea Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Pertanian dan mengumumkan pemilihan projek tersebut di Ladang Pondok Tanjung di majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang beberapa tahun yang lalu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya nyaris tidak berkelahi dengan penternak lembu di Selama kerana penternak memagar dikawasan lembu yang tidak masuk tapi tidak memagar dikawasan lembu keluar masuk.

Cadangan saya ialah semua penternak lembu hendaklah membela lembu mereka di satu tempat di Pondok Tanjung. Kerajaan akan menjaga lembu2 ini mengikut saham (ringgit mengikut harga lembu) lembu yang diserahkan, seperti saham FELDA.

Kalau kerajaan buat demikian kami yang bertani tidak berkelahi dengan penternak lembu.

Kalau YM hendak tahu tanyalah cerita lembu lepas ini dengan RISDA Selama.

Kalau tak ada lembu ini sudah tentu pendapatan kami bertambah.

YM boleh tanya penjual nasi lemak waktu pagi depan iklan majlis Kubu Gajah, tepi jalan. Lembu beliau sentiasa merosakkan tanaman saya (nangka madu, ubi dsbnya). Apa kata pun ia tak makan saman.

Saya pernah hendak berkelahi dengan tukang kebun pondok polis Kubu Gajah sebab lembu juga.

Terima kasih YMDS.

Terima kasih YMDS