Template by:
Free Blog Templates

28 April 2010

Sejarah, Persidangan Cawangan UMNO Perak serentak

Sejarah, perasmikan pesidangan serentak cawangan-cawangan UMNO di seluruh Negeri pada 8 Mei ini.

Ia akan membabitkan 1,666 cawangan di 24 buah Bahagian UMNO di Perak dan jika setiap cawangan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang ahli bermakna, melibatkan seramai 6,664 orang ahli terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dijadualkan meresmikan persidangan serentak itu di Stadium Indera Mulia, Ipoh jam 9 pagi.

Mesyuarat bagi tujuan penyelarasan persidangan itu akan diadakan besok di Pejabat UMNO Negeri yang melibatkan Setiausaha-Setiausaha UMNO Bahagian yang dipanggil oleh Setiausaha Perhubungan, Datuk Kushairi Talib.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat orang Perak susah hendak jadi Perdana Menteri/Presiden UMNO kerana mereka tidak sebulat suara/bersatu seperti orang Sabah, Sarawak, Kelantan, Trengganu atau Johor.

Mereka juga ramai memilih pemimpin yang ritorik bukan pragmatik.

Kalau rakyat Perak mementingkan pemimpin retorik pekan seperti SELAMA tidak akan jadi bandar PENGERANG di Johor.

Semasa saya di Johor Bahru dahulu kawasan yang saya paling takut bekerja/ditukarkan ialah ke Pengerang (Orang Johor anggap paling ulu. Ambil gaji pun dari Singapore). Macam SELAMA ulunya.

Tapi kalau saya ditukarkan ke Pengerang sekarang ni saya lebih suka daripada ditukarnan ke Selama. Melihat kepada kemajuannnya.

Saya lihat orang Sabah lagi ada strategi politik. Mereka juga selalu hadir di persidangan parlimen.

Sebab itu saya rasa Datuk Shafie Afdal hendak berbaik2 dengan orang2 UMNO Perak dan Johor (negeri perwakilan ramai).

Tapi dengan mengadakan persidangan
serentak saya harap Perak akan dapat ramai ahli dalam majlis tertinggi kerana mereka lebih memokus. Orang Perak mesti ada dream', visi, misi.

Saya cadangkan MISI perwakilan Perak hendaklah menentukan orang PERAK jadi Perdana Menteri 7 tahin akan datang, setelah PRU14.

Apa kata YMDS.

Semasa saya di Penang dahulu saya cadangkan ketua Bahagian saya jadi Presiden UMNO tapi beliau takut.

Saya rasa Perdana Menteri dimasa hadapan ialah mereka yang tidak mempunyai 'persepsi' yang baik.

Kenapa KPI ini (indikator) tidak dimasukkan dalam pemilihan pemimpin?

Sekarang ini rakyat ramai yang memilih berdasarkan persepsi.

Andaian mereka adalah kalau tiada angin takkan daun bergoyang.

Mereka bukan betul-betul memilihi pemimpin berdasarkan KPI (Kemajuan/Pembangunan).

Saya harap wakil Perak jangan terlalu gairah memilih pemimpin yang retorik kerana bila kita jadikan mereka Menteri Luar Bandar atau Pertanian orang Melayu tak ramai yang jadi kaya. Yang top 10% bertambah kaya, yang pertengan bertambah miskin dan yang miskin naiklah sedikit, tapi GINI COEFFICIENT masih 0.46 (yang kaya bertambah kaya yang miskin menjadi bertambah miskin).

Cuba bayangkan kalau rakyat Perak pilih pemimpin yang retorik tapi tidak pragmatik.

Kesimpulannya ialh seelok-eloknya kita mesti ada kedua-dua aspek tapi pragmatik adalah lebih penting kalau kita kurang pandai bercakap.

Sekian supaya mendapat perhatian YMDS dan ahli2 perwakilan. Selamat bersidang.