Template by:
Free Blog Templates

23 April 2010

Remaja Felda Ijok kempen Hulu Selangor






Aktiviti sepanjang minggu termasuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi semalam yang diadakan di Bangunan PPK Batu Kurau membincangkan program yang akan dialaksanakan.

Kemudian, Saya singgah di sebuah Kedai makan di Redang Panjang menemui penduduk bersama Ketua Kampung,Zainuddin Haji Abdul hamid untuk mengetahui keadaan di situ.

Saya kemudian bersama Ketua Kampung Felda, Ijok menemui Jawatankuasa Puteri UMNO yang mohon saya membantu menjalankan beberapa aktiviti mereka.

Pengurusan Felda juga turut menghantar satu rombongan belia dan beliawanis untuk aktivii sukan sempena kempen Pilihanraya Kecil Parimen Hulu Selangor.

Ahad lalu, Saya hadir majlis kenduri dan doa selamat seorang rakan, Mohd Shakiri (Along) bin Ishak yang pindah rumah baru di Kampung Tersusun Kubu Gajah.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS kaji kenapa projek tanaman nangka madu di Sg Malau bantuan PPK Selama Perak gagal.

Saya banyak tanam nangka madu tapi habis dimakan oleh lembu En.Rosli (Beliau sembahyang tiap2 maghrib di Masjid Lembah Keluang).

Yang maju saya lihat ialah PPK Selama Kedah. Tapi mereka jual benih nenas lebih mahal. Tidak kompetatif. Nak beli pun fikir dua kali.

Jika ditakdirkan YMDS dipanggil PPK tolong nasihatkan mereka supaya tidak buat untung banyak sangat dari ahli tapi bolehlah dengan yang bukan ahli.

Nangka madu PPK Selama Perak di jual 16 ringgit tapi diluar saya dapat 8 ringgit. Ada kalanya 5 ringgit.

Akhir-akhirnya hampir semuanya mati di PPK Selama Perak.

Saya ingat Puteri UMNO hendaklah mencari lebih ramai ahli dalam masa dua tahun ini.

Dalam pilihan raya yang lalu lebih kurang 25 tidak datang mengundi. Yang ramai sekali ialah dari kumpulan Puteri dan orang yang bekerja di luar KGajah.

Jika yang mulia datang berjumpa puteri bawalah 'palm top' atau telifon yang ada internet cuba semak sama ada yang hadir telah mendaftar sebagai pengundi atau tidak. Bantulah mereka. Inilah maksud saya turun padang. Bukan untuk bayar zakat seperti yang selalu saya buat.

Saya minta YM singgah juga di kedai makan orang kuat PAS seperti dekat taman Kubu Gajah.

Bila menghantar rombongan ke mana-mana hendaklah mereka tahu apa yang mereka hendak buat.Kalau tidak kami dulu jadi anak ikan atau itik, ikut ketua sahaja.

Tapi tiada kerja yang membantu kemenangan calon yang hendak kami bantu.

Terima kasih YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS ke PPK Selama Perak cuba YMDS tanya kenapa projek tanaman PPK nangka madu di Sg. Malau gagal.

Tanaman nangka madu saya gagal kerana lembu En Rosli (selalu sembahyang maghrib di Masjid Lembah Keluang) memakan semuanya. Yang lainnya dimakan
kera.

Mungkin YMDS boleh membuat sesuatu tentang monyet dan lembu.

Semasa KKampung (Allahyaahrahmu) yang dulu saya suruh buat peraduan menembak monyet tapi beliau ketawa sahaja. Maklumlah tanah beliau tak ada masalah.

Terima kasih YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah saya akan cuba hubunggi pengerusi ppk selama, untuk bertanyakan hal ini. terima kasih atas pandangan.

Anonymous said...

harap dato raja pantau kerja2 balak di ijok...kami org2 kg sangkut asyik bermandikan lumpur...jgn sampai kami ank2 muda di sini bertindak ikut darah muda kami...