Template by:
Free Blog Templates

25 April 2010

Pengundi Hulu Selangor Harus Buat Pilihan Bijak

















Menteri Besar Perak,Datuk Seri dr Zambery Abdul Kadir mengadakan kempen terakhir membantu Barisan Nasional (BN) di Piihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor dengan beberapa lagi aktiviti termasuk perjumpaan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Gedangsa.

Dr Zambery dalam ucapannya amat menghargai jasa Kerajaan BN hingga beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memperolehi Phd.

Sebagai anak Nelayan ia sudah tentu satu kejayaan yang amat bermakna dalam hidup beliau dan amat berterima kasih kepada Kerajaan BN.

Sambil memberi semangat kepada guru, pelajar dan bekas pelajar Sekolah berkenaan, Dr Zambery turut meluluskan sebanyak 10 buah kamputer riba untuk kegunaan sekolah.

Beliau turut meresmikan seminar Kita Insan Terpilih dan pelancaran Tabung Pendidikan BUDI DITUAI Sekolah tersebut.

Dr Zambery juga melawat bilik Gerakan BN di Kampung Rahmat, kemudian solat Mahgrib di Surau di situ sebelum makan malam bersama jentera Parti.

Dengan diiringgi Ketua-Ketua UMNO Bahagian, beliau juga mengadakan lawatan dan bertemu jentera BN di Cawangan Kampung Bahagia, Cawangan Kampung Gedangasa, cawangan kampung keliling dan kampung seberang Gedangsa.

Dalam pertemuan itu, Dr Zambery menyeru para pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan yang bijik bagi menentkan masa depan mereka.

Saya juga sempat menghadiri majlis makan malam bersama Jentera BN dan pengundi di SKCKampung Seri Keledang.

3 comments:

Budak Kuala Kenas said...

YB
Sememangnya BN mempunyai kelebihan, tetapi mengikuti dari berita dan bahan kempen yang dimedia cetak dan elektronik jelas menunjukkan mentaliti dan daya fikir pemimpin-pemimpin BN masih berada ditahap yang sama dengan dua puluh lima tahun yang lalu.

SELAMAT BERJAYA DI HULU SELANGOR!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kita ambil BUDAK KUALA KENAS jadi pemimpin belum tentu beliau dapat mengubah nasib rakyat kerana kita bergerak dalam satu pasukan, bukan berdasarkan kehendak BUDAK KUALA NENAS.

Sebagai contoh...

Kalau YBDS Anuar Ibrahim mempunyai matlamat sesuatu tapi kenapa 8 ahli lain keluar parti? Macam mana mana BUDAK KENAS NAK BUAT? Mereka menjadi Budak Kuala Nenas keluar parti kah? Tapi kalau mereka pemimpin seperti Hang Jebat kenapa tidak keluarkan DS Anuar. Hai LAPAN lawan SATU kalau di Kuala Nenas 8 orang lawan satu tak tahulah siapa menang. Lihat 4 sekawan pemimpin PAS Selangor. Mereka betul2 Hang Jebat. Mereka tunggu masa. Tak mahu bising. Mereka rasa mereka lebih intelektual.

Kalau YBD Nik Aziz mahu ULAMAK/TOK GURU sahaja jadi pemimpin, apa nak jadi orang kuat empat di Selangor.

Banyak kita ni suka hentam Melayu.
Tiap-tiap manusia ada kelemahan. Lupakan perkara ini.

Saya puji orang India. Mereka tubuhkan banyak parti menyokong kerajaan supaya tiap2 parti mereka dapat sekurang2nya satu menteri penuh. Peratus mereka sedikit tapi ramai jadi wakil rakyat. Sepaptutnya tiap-tiap kawasan pilihan raya mereka tidak layak jadi wakil rakyat kerana tiada majoriti. Maknanya, mengikut istilah SUHAKAM tidak ada demokrasi jika wakil rakyat dipilih dari minoriti.

Saya percaya BUDAK KUALA KENAS pernah jadi pemimpin di sekolah/universiti. Kalau tidak terpilih sudah tentu saya anggap BKK ini mempunyai mentaliti 25 tahun dahulu kerana tidak mengikut kehendak ramai.

Seorang ketua pemimpin USM dari Selama, Hamdan Sulaiman. Anak cikgu Sulaiman (tanya orang Sg, Bayor)pun tidak cakap begini. Ia terus membantu tapi tidak menunjukkan kelemahan ketuanya.

Saya pernah dipilih menjadi school captain kerana tersohor dalam bidang sukan dan akademik. Budak KUALA NENAS boleh tidak tuliskan CV kerana saya boleh berkempen untuk saudara. Saya dahulu menjadi pengurusi badan pebahasan dan literary dalam Bahasa Inggeris.
Saya pernah mengambil bidang politikal sains dan mementingkan impak bukan pandai bercakap sangat.

Tiap-tiap manusia ada kelemahan. Yang penting kita bantu mereka. Bukan memperkecilkan kebolehan mereka. Ramai kawan saya, orang Cina, tapi mereka kurang mengutuk sama sendiri.

Saya bukan kaki ampu tapi saya mahu saudara memberi ilham kepada Yang Mulia Datuk Seri Ahmad Zainiddin Al-Haj untuk membangunkan Kubu Gajah.

Itu sahaja harapan saya.

Sekian untuk makluman BKK.