Template by:
Free Blog Templates

19 April 2010

Pemohonan Ibu tunggal tidak di layan





Dalam satu perjumpaan dengan lebih 200 orang Ibu Tunggal di DUN Batu Kurau, banyak masaalah yang dapat didengar, kebanyakannya ialah mengenai bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Dalam majlis dailog, rata-rata mereka merasa kecewa kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada JKM ditolak dan ada juga yang langsung tidak dilayan.


Lebih malang lagi, diantara mereka yang terbabit itu kebanyakannya Ibu Tunggal dari kalangan Warga Emas.


Permohonan mendapatkan bantuan baiki rumah daripada JKM juga bukan sahaja lambat mendapat jawapan, tetapi ditolak.


Masalah pilih kasih dalam memilih penerima bantuan rumah PPRT juga dibangkitkan, selain bantuan rumah mesra rakyat.


Masalah ketiadaan tapak untuk berniaga juga dibangkitkan dan mereka berharap mendapat pertimbangan Kerajaan atau agensi yang berkenaan.


Saya telah meminta Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut mengumpul maklumat mengenai masalah Ibu Tunggal di Bahagian Larut untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak berkenaan bagi diambil tindakan.


Perjumpaan dengan Ibu Tunggal di Bangunan UMNO Batu Kurau, dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian. Sebelum ini satu majlis yang sama telah diadakan di DUN Kubu Gajah, dengan kehabiran hampiran 300 orang Ibu Tunggal.


Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Hajjah Sawipah Yahya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.