Template by:
Free Blog Templates

23 April 2010

Najib dan Rosmah disambut Meriah di Ipoh





Saya kagum dengan Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansur, walauun sibuk membantu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, tetapi masih bersedia menghadiri rumah terbuka hari Vaisakhi 1 Malaysia malam ini di Ipoh.

Datuk Seri Najib yang berkereta dari Hulu Selangor tiba di Ipoh dengan disambut oleh Meneri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan Isteri, Datin Seri Saripah Zulkifly serta Setiausaha Kerajaan, Datuk Seri DrAbdul; Rahman Hashim.

Lebih 5,000 orang pelbagai kaum membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia untuk memeriahkan sambutan tersebut termasuk pameran yang dianjurkan.

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri membuktikan bahawa keharmonian rakyat berbilang bangsa di Negara ini amat diutamakan.

Ramai yang telah keluar dari awal lagi untuk menunggu ketibaan Datuk Seri Najib dan isteri dan mereka menghargai kesudian beliau untuk sama-sama meraikan rumah terbuka hari Vaisakhi 1 Malaysia yang dianjurkan secara besar-besaran.

Diperkarangan Stadium juga dipunuhi dengan gerai-gerai jualan pelbagai produk sempena sambutan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semasa Yang Mulia Raja Omar menjadi Ketua cawangan dahulu ramai kami tidak melihat kepentingan MALAYSIA SATU.

Saya bersyukur kehadrat llahi setelah YMDS Raja Ahmad menjadi ketua cawangan barulah orang kampung Tebing Tinggi tidak lagi berpuak2.

Bila ramai mempertikaikan kedudukan Mamak Melayu Datuk Seri Rafidah pula memerli mereka yang memerli Mamak Melayu tersebut atas tujuan untuk menyatukan rakyat.

Seterusya YABDS Najib pula memperkenalkan MALAYSIA 1

Kita di Tebing Tinggi tidak memperkenalkan perkataan MALAYSIA SATU.

Tapi sejak YMDS jadi wakil rakyat puak banjar, orang kampung (campuran Acheh,Petani dll. Mereka ini bercakap loghat KEDAH),Petani, Kualuh, Bilah, Deli, Rawa, Medailing telah menjadi BERSATU.

Yang tiada di Tebing Tinggi hanyalah kaum asli.

Di Ijok kaum asli telah di serap ke Melayu.

Penduduk Tebing Tinggi mulai tahu yang mereka bukan kaum Sakai, Jakun, Semang, Negrito dsbnya setelah YMDS jadi wakil rakyat.

Pada masa itu mereka yang digelar bukan orang kampung takut hendak jadi ahli UMNO.

Semasa zaman YM Raja Omar dahulu beberapa kali mereka hendak mengulingkan Yang Mulia kerana bukan orang kampung tapi ahli keluarga YM bersatu dan tidak mudah hendak diketepikan.

MALAYSIA SATU akan berjaya jika rakyat Malaysia memahami maksud kebebasan, demokrasi dan pasti berjaya jika ia ditafsir sebagai menuju ke arah kedamaiaan dan keamanan.

Rakyat Malaysia khususnya di Tebing Tinggi yang suku kaum Kualuh, Bilah, Mamak dll adalah dalam rumpun Melayu DEUTRO.

China dari Indo Cina-Campa, India-Srivijaya, Melayu-Siam (Petani) adalah rumpun Melayu Proto.

AKAN TETAPI di Indonesia 'there is no such thing' bangsa Kualuh, Bangsa Bilah atau Bangsa Deli atau bangsa Serdang. Orang Indonesia menganggap mereka ini adalah keturunan MELAYU TULIN (SAH) iaitu bangsa Melayu sebenarnya selaian dripada di provensi RIAU.

Zaman saya di sekolah rendah dahulu, di Tebing Tinggi, puak-puak Deli, Bilah Kualuh dsbnya diktepikan oleh puak kampung (campuran ACHEH, PETANI dll.)

Tetapi di Indonesia puak-puak ini dianggap puak Melayu yang bermastutin di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Pada masa itu Indonesia belum ada lagi.

Apakah 'moral teaching' yang terdapat dari penerangan di atas, Berastulah kita. Jangan sombong. Yang boleh sombong sedikit ialah orang BILAH kerana kekayaan yang ada di IPOH dan TAIPING asalnya adalah kepunyaan mereka. Melayu yang lain pada masa itu banyak yang miskin kecuali mereka yang bangsawan.

Orang Cina hidup dengan aman semasa Raja Bilah memerintah Papan. Yang penting bagi mereka ialah ekonomi. Semasa penduduk Papan 38,000, kebanyakan orang Cina tapi mereka tidak berkelahi dengan orang Bilah kerana mereka tahu orang Bilah lebih pandai cari duit dan rajin dari suku kaum yang lain, termasuklah CINA.

Jika ada yang tidak setuju apa yang saya katakan di atas rujuk ke website dan sejarah orang Melayu.

Cuba lihat orang Medailing pun masukkan suku kaum Bilah de suku kaum mereka sebab hendak - MALAYSIA SATU.

Walhah di Indonesia kaum Mandiling di itiraf sebagai Melayu Pesisir dan kaum Bilah adalah Melayu tulin.

Jadi sebelum anda berpecah belah cuba lihat asal usul anda. Hilangkan sombong dan bersatulah balik.

Jangan sombong kerana kurnia atau beli tanah orang Bilah dengan harga murah, kalau nak sombong juga, boleh sombong jika anda sudah menjadi seperti Raja Bilah, kaya kerana titik peluh.

Sekian untuk makluman pembaca dan YMDS agar MALAYSIA SATU kita berjaya bukan hanya dengan kaum SIKH tapi antara MELAYU itu sendiri yang saya pernah alami di Tebing Tinggi, Kubu Gajah.

Terima kasih YMDS

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan.