Template by:
Free Blog Templates

14 April 2010

Ku Ishak Tarik Balik Hasrat Letak Jawatan UMNO







Haji Ku Ishak bin Ku Jusoh menarik balik hasratnya untuk meletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Lempung dalam Bahagian Larut, sebaliknya bersemangat untuk terus memperjuangkan nasib Bangsa, Agama dan Negara.


Bebebrapa bulan yang lalu, beliau berhasrat meletakan jawatan kerana keuzuran, Tetapi kerana semangat beliau hari ini mengiringgi Saya melawat keluarga miskin dan Warga Emas yang uzur di Kampung beliau.


Di Sungai Lempung, Kami melawat keluarga miskin, Jamaliah binti Che ismail, 36 tahun, Warga Emas, Hashim bin Taib, 78 tahun, yang masih aktif dalam aktiviti UMNO dan Ibu Tunggal, Che Piah Jusoh, 62 tahun.


Kemudian, Saya melawat isteri orang kuat UMNO Di Kampung Teras yang sedang sakit, hadijah binti ahmad, 57 tahun, sebelum ke Keliang Gunung melawat seorang lagi yang sakit, Mohd Nawawi bin Mohd Jusof, 53 tahun dan Warga Emas Adnan bin Abdul Manan, 73 tahun.


Sebagaimana biasa, sambil melawat, dapatlah juga menyampaikan sedikit sumbangan. Saya juga berharap mereka ini segera mendapat bantuan kebajikan.

2 comments:

Anonymous said...

Dato'..
Maknek Sakyah di Kg Sg Star lanie dok mengesot aje....molek gak tok p tengok...umno kuat tuu.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

sila berikan alamat insyallah boleh saya lawat, sebagai ketua umno bahagian larut.