Template by:
Free Blog Templates

20 April 2010

Kemeseraan di jamuan DiRaja






DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan beramah mesra dengan tetamu di majlis Santapan DiRaja di Kuala Kangsar malam tadi.

Baginda bersara Tuanku Permaisuri Bainun meraikan kira-kira 2500 tetamu di majlis tersebut di Dewan Santapan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan Tuanku Sultan Azlan Shah yang ke 82 tahun.

Turut berangkat ialah Tuanku Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar serta Raja Dihilir dan kaum kerabat yang lain.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang hadir bersama isteri yang hadir turut beramah mesra dan bergambar dengn tetamu.

Bekas Menteri Besar Besar Perak, Tan Sri Ramly Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali serta bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar dan tokoh Koprat, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang juga ahli Lembaga pengarah Petronas ada diantara yang hadir.

Artis, Dayang Nur Faizah dari Sarawak dengan iringan kombo RTM telah menghiburkan tetamu yang hadir.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apabila YM ada peluang berdekatan dengan YAB MB cuba ingatkan beliau cadangan yang di ilhamkannya untuk pembangunan Kubu Gajah misalnya pembangunan pekan Kubu Gajah, Ijok, Uni/Kolej vertiner di P/Tanjung dsbnya.

Lagi satu tentang perancangan koridor utara bagi Kubu Gajah.

Saya tidak tahu sejauh mana kita mendapat tempiasnya setelah 3 tahun ia di rancangkan.

Kalau tidak beliau asyik perpolitik sepanjang masa.

Terima kasih YMDS

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah ada. saya telah bincangkan dengan menteri besar mengenai pembangnan dun kubu gajah termasuk kampus universiti dan kolej dll lagi. terim kasih.