Template by:
Free Blog Templates

26 April 2010

Kemenangan BN Semakin Mendapat Tumpuan

Di mana-mana sahaja, Masyarakat mula bercakap mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam.

Calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, yang juga bekas Menteri Kabinet.

Mereka berpendapat, kemenangan itu membuktikan bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan dasar-dasar yang diperkenalkannya, semakin diterima oleh rakyat.

Pengundi Hulu Selangor menolak Pembangkang kerana merasakan bahawa parti itu gagal menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka selepas menang pada Pilihanraya UMUM (PRU) yang lalu.

Datuk Seri Najib selepas mengambil alih kepimpinan BN dan Negara, telah membuktikan hasarat beliau dan Kerajaan pimpinannya untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat semua peringkat dan kaum.

Cara kepimpinan Datuk Seri Najib yang gemar mendekati rakyat dengan turun ke padang amat disenangi oleh masyarakat. Sehubugan dengan ini, Datin Seri Rosman Mansur juga membantu memainkan peranan sebagai isteri seorang Pemimpin yang turut mengambil berat kebajikan masyarakat terutama golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Begitupun, kemenagnan BN dilihat sebagai satu permulaan untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat, selepas prestasi yang tidak memberangsangkan pada PRU 2008.

Juteru, Ahli-ahli BN janganlah cepat bersikap terlalu yakin, kerana sedang menunggu selepas ini ialah PRK Parlimen Sibu di Sarawak.

Hindarkanlah majlis berupa pesta, sebaliknya memadai dengan mengadakan majlis kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi Hulu Selangor dan Jentera BN yang telah bekerja keras mempastikan kemenangan.

keputusan semalam setidak-tidaknya memberi gambaran sebenar kekuatan BN dan jadikan ia sebagai iktibar dan panduan kepada jentera parti dalam menghadapi PRK Sibu dan juga PRU ke 13.

Semoga kerjasama dan sepakat serta permufakatan rakan-rakan komponen BN akan lebih kuat selepas ini, kerana obor yang sama pasti akan dibawa oleh mereka untuk mempertahankan kerusi Sibu.

Parlimen Hulu Selangor adalah yang pertama dimenanggi oleh BN selepas gagal berbuat demikian di PRK Parlimen Kuala Trengganu dan Bukit Gantang (Pas- menang) serta Permatang Pauh (PKR- menang).

Diperingkat DUN pula, BN cuma menang tiap-tiap satu di Negeri Sarawak dan Negeri Sembilan, selainnya dimenanggi oleh samada PAS atau PKR.

2 comments:

Anonymous said...

YMRA,

Kalaulah jentera pilihan raya dan janji-janji Barisan di Hulu Selangor juga dilakukan atau pun dijanjikan dikawasan-kawasan yang hangat (kawsan di mana BN menang tipis seperti di Kubu Gajah) dalam pilihan raya yang akan datang sudah tentu Kubu Gajah akan menang.

Sebagai contoh cadangan MB hendak memajukan pekan KUBU GAJAH dan IJOK.

Implikasinya nanti akan menaikkan harga tanah orang Melayu dipinggiran Pekan Kubu Gajah dan Ijok.

Salah satu daripada kawasan di Hulu Selangor harga tanah meningkat sehingg $160,000 se ekar.
kerana pembangunan berhampiran tanah pekan.

Kalau betul-betul MB kita perihatin sudah tentu hari ini juga ia merancang pembangunan tersebut kerana PRU13 tidak lama lagi.

Sebagai contoh pada bulan ini bolehlah beliau memberi arahan supaya mereka yang telah mendapat tanah kurnia kampung tersusun hendaklah membina rumah tersebut dengan segera untuk merancakkan lagi pembangunan pekan Kubu Gajah.

Jika tidak, pentadbir tanah dan atas persetujuan ramai tanah tersebut hendaklah dijual kepada mereka yang hendak membuat rumah dalam masa setahun. Kalau tiada pembeli naikkan 2 tahun.



Emak saya dahulu tiada duit nak buat rumah pada masa itu jadi dia tidak mahu memohon tapak rumah kampung tersusun di Kubu Gajah. Lagi pun saya nasihatkan ia supaya memberi peluang terlebih dahulu kepada mereka yang benar2 mahu berpindah secepat yang mungkin.

Cuba bayangkan sudah tentu mereka yang memiliki tanah tersebut yang sebaya umurnya dengan emak saya.

Sudah tentu anak atau cucu mereka boleh membina rumah di tanah kepunyaan bapa/datuk mereka. Tapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Diharap UMNO dapat membuat penyelidikan.

Perkara yang kedua kerajaan telah mengambil sebahagian tanah saya untuk membuat parit. Satu di Sg Malau Luar dan satu lagi di Selama.

Kenapa kerajaan negeri Perak tidak mahu mengambil tanah kilang papan Kubu Gajah seperti yang mereka buat ke tanah saya dengan memberi pampasan mengikut kadar semasa supaya tanah tersebut boleh dibangunkan.

Di masa hadapan saya lihat kerajaan tidak lagi membatu orang perseorangan kerana banyak Ali/Baba dan SUB-SUB (lihat kontraktor A) Pau sana Pau sini (berniaga atas angin) seperti teksi dan kedai di Chow Kit, KL dll.

Untuk mengatasi PAU sana PAU sini SUB sana dan SUB sini kerajaan akan hanya membantu kooperasi atau persatuan.

Kubu Gajah akan menjadi pekan besar jika ada pejabat seperti Koperasi Petani, Koperasi RISDA, Koperasi Tanah Terbiar, K.penoreh getah, koperasi nelayan ikan air tawar, persatuan jutawan kelapa sawit dan pejabatnya di susun di Kawasan Kilang Papan yang ada sekarang.

Jangan lupa pejabat perhilitan. dan vertineri kerana saya miskin disebabkan banyak babi hutan, monyet dan lembu lepas merata-rata merosakkan tanaman dan buah2an saya.


Saya fikir YB Datuk Hamzah Bahagian Larut Selama telah membuat janji semasa AGM koperasi RISDA di Selama. Saya fikir beliau telah mula menunaikan janjinya.

Pada tahun 2009 sebanyak 91 bilion ringgit cukai hasil pengeluaran industri asas tani. Sebelumnya lebih 121 bilion ringgit. Saya fikir orang Kubu Gajah tidak dapat membayangkan satu milion. Inikan pula satu bilion

Bayangkan cukai ekspot perabot
yang diperolehi kerajaan jika mereka dapat 80 tan kayu getah.

Yang sedihnya kerajaan mementingkan jalan untuk kebajikan sosial manakala jalan untuk membangunkan (secara tidak langsung) 'industri (perabot) atas tani tidak di bantu'.



Saya mohon YMDS bekerjasama dengan YB Datuk Hamzah tentang perkara ini. Beri tahu beliau cukai asas tani diperolehi berbilion2. Takkanlah wang ini diberikan hanya untuk FELDA dan FELCRA atau untuk perkilangan sahaja. Sebelum bahan2 tersebut sampai ke kilang dari mana ia datang? Dan Macam mana ia datang? Kalau tak ada jalan. Kami tak mahu duit tapi mahu jalan untuk perjalanan sebuah lori kelapa sawit sahaja.



Sekian supaya mendapat perhatian YMDS.

Terima kasih

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

bagus juga kalau saudara dapat memperkenalkan diri dan sama-sama kita berbincang. terima kasih.