Template by:
Free Blog Templates

22 April 2010

Kegigihan OKU Jaga Cucu





Saya terharu dengan kegigihan seorang Warga Emas, Bahari bin Mat Deli, 83 tahun walaupun kurang upaya (OKU), mengalami masalah penglihatan, tetapi masih bersedia menjaga cucu yang masih dalam boyan.

Petang tadi bersama Ketua Kampung Felda, Ijok, Haji Shukur Jamanan, Saya melawat Bahari di rumahnya.

Beliau terpaksa menjaga cucunya itu yang sedang nyenyak tidur kerana Ibunya sedang keluar bekerja. Anak Bahari adalah seorang Ibu Tunggal.

Selepas laatan tersebut, masalah Bahari akan Saya kemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah untuk tindakan.

Sebelum itu, Saya singgah melaat seorang remaja, nor azlinda binti mohd asro, 18 tahun seorang OKU di rumahnya juga di Felda.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS

Kalau ke FELDA lagi minta kerjasama Encik Syukur Jamanan, Ketua Kampung FELDA, menyuruh 3 penternak lembu dari FELDA memagar lembu yang mmerosakkan anak sawit kami dan tanaman lain di kawasan Sg. Lompong dan persekitaranya. Saya kira ada lebih kurang 5oo lembu.

Terima kasih atas bantuan YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat YMDS selalu melawat orang tua-tua. Cuba tanya mereka kenapa ada cucu mereka tidak menyokong UMNO.
Tanyalah mereka secara 'indirect' iaitu secara tidak langsung.

Sebagai contoh, "Kenapa ada sesetengah anak muda kita tidak menyokong UMNO atau Barisan?

Saya melawat OKU, orang tua dan miskin kerana nak bayar zakat.

Saya lihat ramai mereka bukan anti- UMNO atau BARISAN tapi ramai yang komen tentang pemimpin UMNO.

Ada juga suka UMNO tapi tak suka BARISAN sebabnya seperti yang dinyatakan sebahagian pengundi Ulu Selangor/Sg. Siput/Gopeng baru-baru ini.

Sekian. Terima kasih YMDS

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah akan saya tanya hal tersebut nanti, terima kasih atas komen.