Template by:
Free Blog Templates

30 April 2010

Futsal di RTBK




Hasrat Remaja Rancangan Tanah Belia Khas (RTB) Pondok Tanjung untuk bermain futsal akhirnya tercapai apabila Kementerian Belia dan Sukan meluluskan sebuah gelanggang.
Tengahari tadi, bersama Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kecil Selama, Wan Naizi bin haji Omar Saya melawat tapak tersebut yang dicadangkan oleh Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim.

Selain kegunaan futsal, gelanggang yang bernilai RM 150,000 mengandunggi gelanggang Bola Tampar dan Sepak Takraw.

Kontraktor untuk projek itu telahpun dipilih dan kerja pembinaan gelanggang futsal yang lengkap dengan lampu limpah akan dimulakan sebaik kelulusan tapak itu diperolehi.


Setakat ini, gelanggang futsal yang telah dibina di DUN Kubu Gajah ialah di Tebing Tinggi, RPT Kubu Gajah dan Felda Ijok.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika melawat DUN Kubu dan Selama mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri beliau untuk mewujudkan seberapa banyak gelanggang futsal.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang sebenarnya permainan yang boleh mengkayakan orang Malaysia ialah TENIS dan GOLF.

Sekali bermain tenis, kalau 'champion' dunia, sudah jadi jutawan (malah laksawan). Bayangkan lebih kurang $700 ribu US sekali bermain.

Cuba lihat champion golf dunia. Semua selebriti yang sudah kaya gila kepadanya. Hasilnya beliau bertambah kaya. Trillionire kahwin dengan millionaire. Bayangkan...

Saya cadangkan di tiap2 kampung hendaklah dibina 'tennis court'

Ditanah terbiar jadikan padang 'golf'.

Memang perkara ini mustahil (tidak menjadi realiti kerana cadangan orang kampung), jika difikirkan. Tapi itulah hakikatnya. Saya rasa lebih baik daripada ke ANGKASA LEPAS, FORMULA 1 atau ke KUTUB SELATAN. Tak silap boleh mati. Tapi kalau main golf boleh siok pula. Tanyalah mereka yang champion dunia (dalam golf) kalau tidak percaya.

Nak mati kah atau nak siok?

Sekian supaya mendapat perhatian YMDS.

Terima kasih.

Anonymous said...

Diharap dengan adanya gelanggang futsal, bola jaring dan sepak takraw dapat memberi manfaat kepada penduduk (Kampung Belia Khas) amnya khasnya kepada para remaja (Kampung Belia Khas) agar dapat mengasah skill yang terpendam untuk digunakan ke peringkat yng lebih tinggi.

Tak mustahil suatu hari nanti salah seorang daripada anak kampung belia dapat mewakili negara.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih pandangan dan candangan, yang penting kita hendak menarik remaja melakukan kegiatan yang mendatangkan menafaat,selain mencungkil bakat baru.