Template by:
Free Blog Templates

22 April 2010

Dr Zambry elak maki hamun







Menariknya, dalam kempen di Hulu Selangor, Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambery Abdul Kadir tidak gemar berbalas dan memaki hamun dengan pembangkang kerana itu bukan cara dan sikap beliau sebagai seorang ahli politik yang berhemah.


Yang penting ialah rakyat diberikan pembelaan dan bukan berjanji kosong. Justru pengundi-pengundi harus mempunyai fikiran terbuka dan tidak tersalah membuat pemilihan mereka.


Dalam satu ceramah yang diatur malam tadi, Dr Zambery enggan melayan ceramah Pembangkang yang diadakan hanya beberapa meter daripada pentas Barisan Nasional (BN), sekalipun kedengaran jerit pekik.


Pemuda BN juga cukup berdisplin dengan tidak melayan segala tomahan dan dilemparkan oleh Pembangkang terhadap parti, sebaliknya lebih menumpukan perhatian keatas ceramah Menteri Besar.


Dr Zambery juga meminta para pengundi melihat rekod cemerlang BN dan tidak melulu terpengaruh dengan segala dakyah dan propaganda Pembangkang hanya lebih kepada faktor mengelirukan rakyat.


Sebelum itu, Menteri Besar juga mengadakan perjumpaan di perkampungan Orang Asli di Changkat Bintang, Batu Alah dan Ladang 15. Beliau juga bersolat Maghrib dan Isyak bersama penduduk.


Pada sebelah petangnya Dr Zambery mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jentera BN di Bilik Gerakan Rumah Rihat, Slim River.


Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan BN juga hadir dalam kempen tersebut termasuk Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chan Kok Yoon yang juga Penasihat Menteri Besar bagi kaum Cina.


Bekas Ketua Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman juga hadir dalam kempen tersebut bersama rakan-rakan beliau.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sangat kagum dengan YBMB kita kerana tidak mahu cakap kasar dengan pembangkang.

Yang dipentingkannya ialah seperti di perenggan 2 (22/4/2010). Ayat satu.

Boleh tidak YMDS jolok sedikit YBMB supaya cadangan beliau menjadi kenyataan.

Cadangan Pertama:

Universiti Cawangan/kolej di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Cadangan Kedua:

ialah hendak menjadikan Kubu Gajah dan Ijok menjadi pekan yang menunjukkan ada kemajuan.

Ramai kami hendak balik kampung. Tapi tidak boleh berbuat demikian kerana kurang pembangunan sesuai untuk kami.

Minta YBMB lihat ayat satu perenggan 2 supaya cadangan tersebut menjadi janji.

Perancangan sahaja kadang-kadang makan dua tahun seperti hendak membesarkan dewan Tebing Tinggi.

Saya lihat janji belum ada lagi. Pilihan Raya dua tahun lagi. Penyokong PAS mangkin ramai.

Terima kasih kerana YMDS dapat meningatkan MB kita hal ini.

Anonymous said...

Yang Berhormat,

Saya lihat NKRA akan berjaya jika kita letakkan papan kenyataan tentang kemajuan pembangunan di tengah2 Kubu Gajah.

Jadual pembangunan tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya LIMA lajur yang bertajuk:

Lajur 1 untuk dimuatkan tarikh CADANGAN dicetuskan(seperti membina empangan mengelakkan banjir)

Lajur 2. Perancangan

Lajur 3. Perkembangan

Lajur 4 dan seterusnya ialah Kemajuan. (sebagai contoh, tarikh setakat mana pembangunan universiti kolej vertiner/perikanan air tawar telah dilaksanakan di PONDOK TANJUNG)

Ketua Kampung hendaklah mengisi tarikh yang perlaksanaan dalam lajur-lajur tersebut 6 bulan sekali.

Kalau tak buat papan kemajuan ini saya rasa NKRA entah ke mana dan KPI ketua kampung jadi KPI penari dangdut dan seterusnya MEB pun akan menjadi MODEL ENGKONOMONEY LAMA (MEL).

'Engkonomoney' bermakna orang kampung tak ada duit untuk bayar yuran ahli UMNO.


Sepatutnya kita berkempen juga di Kubu Gajah walaupun 2 tahun lagi pilihan raya.

Orang tua yang selalu YB jumpa tetap memangkah Barisan. Tapi cucu mereka YB hendak jumpa selalu. Mereka ini atas pagar. Apa yang mereka mahu TOP-UP talipon bimbit dan motosikal honda sahaja

Kenapa tak ada peraduan motosikal lasak diadakan dalam kebun kelapa sawit. YB boleh berkempen semasa pembukaannya. Hari penyampaian hadiah buat hari lain dan panggil penceramah yang pandai memikat hati belia.

Diharap YB dapat mempertimbangkan cadangan saya ini supaya BN boleh memenangi PRU yang akan datang.

Nasihat saya jangan asyik leka di ULU SELANGOR tapi lupa KUBU GAJAH.

Terima kasih.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

dalam ucapan mb perak ketika istiadat hari keputeraan dymm paduka seri sultan perak diistana iskandariah, isnin lalu, mb sebut ijok adalah diantara pekan yang akan dinaik taraf denan program pembangunan. insyallah akan wujud kampus univeersiti atau kolej di dun kubu gajah di bawah koridor utara.