Template by:
Free Blog Templates

18 April 2010

Dr Zambery Beri Jaminan Kepada Generai 2 Felda












Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir memandang serius masalah tapak kediaman generasi kedua di Felda, Ijok dan telah memberi jaminan Kerajaan bersedia membenarkan tanah milik Kerajaan di rancangan tanah tersebut digunakan bagi tujuan tersebut.


Lantas, Dr Zambery dalam satu majlis dailog sempena dengan lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah dan Selama, meminta agar pengurusan Felda segera bertindak.


Ketika berucap merasmikan program Seranta Felda di Felda Ijok hari ini, Saya juga memberitahu bahawa Menteri Besar mahukan masalah remaja sentiasa diberikan keutamaan kerana mereka adalah kumpulan pelapis.


Saya sendiri telah menadakan perjumpaan sebelum ini dengan kumpulan yang terlibat bagi menyelesaikan masalah tersebut yang turut dihadiri Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman dan Pengurus Felda Ijok.


Saya turut menyatkan betapa peneroka Felda amat beruntung kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri yang menjaga rancangan tanah tersebut dan banyak masalah telah selesai.


Perdana Menteri juga memberikan perhatian khusus kepada masaalah pendidika anak-anak peneroka dan ada di kalangan mereka yang menerima pembiayaan khas untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tertentu.


Saya juga meminta peneroka Felada agar bersikap terbuka dan menggelakan diri daripada pengaruh negatif yang hanya merugikan masa depan mereka sebagai peneroka yang bernasib dipilih menyertai rancangan tanah Kerajaan berbanding dengan mereka yang lain.


Dalam aktiviti yang dianjurkan, turut diadadakan ialah program gotong royong membersih kawasan dan mengecat di pintu gerbang masuk ke Felda, selain pertandingan memasak.


Program melawat Warga Emas dan peneroka yang sakit juga diadakan. Diantara mereka yang Saya lawat ialah Abdul Rahman bin Abdullah, 80 tahun, Sidek bin Husin, 80 tahun dan Jamaliah binti Abdullah, 59 tahun.


Saya juga turut menziarah keluarga Allahyarham, Abdul Ghani bin Abdullah, 71 tahun yang meninggal dunia semalam dan dikebumikan pagi tadi.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak YMDS beritahu Hj. Shukur Zaman (Ketua Kampung) yang pembela lembu di FELDA membiarkan lembu mereka lepas begitu sahaja.

Ada yang sampai 300 ekor sekali 'attack'. Semuanya merosakkan anak kelapa sawit di Sg Lompong. Nenas yang berduri pun mreka telan.

Yang pentingnya kita mesti hidup untung sama untung (win-win situation). Penternak lembu (300X3ribu ringgit) menjadi kaya petani lain menjadi miskin. Habis anak pokok di makan lembu.

Terima kasih YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah akan saya bincangkan dengan beliau mengenai perkara ini. terima kasih.