Template by:
Free Blog Templates

8 April 2010

Acara Padat Dr Zambery dengan Rakyat

Selesai mengiringgi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang melakukan lawatan dua hari ke DUN Kubu Gajah, petang tadi, untuk melihat sendiri masalah rakyat dan potensi Kubu Gajah dibangunkan.

Saya kagum dengan sikap mesra Dr Zambery, kerana bermalam bersama jemaah lain dalam program qiamulal di Mesjid Toh Paduka, Ijok. Beliau juga turut singgah berihat di rumah Pak Su di Bagan Bahru.

Dr Zambery, sebaik selesai bersarapan pagi dan membuat tinjauan ke kawasan Sungai Jernih,beliau ke Kampung Tebing Tinggi untuk menghadiri satu program taklimat Felcra Sungai Marlow.

Menteri Besar kemudian berkelah di Latar Tebing Tinggi di Ulu Mengkuang sambil berramah mesra dengan penduduk yang hadir, sebelum ke Pusat Ternakan Kambing Bore Negara di Pondok.

Beliau kemudian berlepas pulang ke Ipoh untuk menerima Kunjungan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rastam di kediaman beliau. Pada sebelah malamnya pula beliau ma tetamu mengadakan satu lagi majlis.

Ketika berada di DUN Kubu Gajah dan Selama, Dr Zambery mempunyai program yang cukup padat. Bermula dengan Mesyuarat EXCO Kerajaan, beramah mesra serta berdailog dengan penduduk di majlis menum petang di padang Majlis Daerah Selama.

Selepas beramah mesra dengan Penduduk di Pusat Homestay Bagan Bahru, Menteri Besar bermain Bola Sepak dalam satu perlawanan persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah yang berkesudahan seri 0-0.

3 comments:

tabuan said...

akm dato dah lama tak komen moga sihat...

Dr Zambery tak gi batu kurau ka?

Dato ada satu lagi soalan...

Adakah bila pemimpin turun kebawah bagi sebungkus dua hamper, sedekah 10 dua, kemudian tangkap gambar...boleh di kira pemimpin tersebut berjiwa rakyat?

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

wa'alaikumusalam, alhamdullilah, sihatlawatan yab menteri besar adalah anjuran pejabat daerah. terima kasih atas teguran, yang penting kita ikhlas.

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut seperti Menteri Belia dan Sukan dulu datang ke Tebing Tinggi beliau macam/seperti hendak membesarkan dewan dekat sekolah tapi hingga sekarang tak ada perkembangan pun. Saya harap YB MB kita tidak seperti beliau, apa yang dicadangkannya hendaklah menjadi realiti.

Terima kasih YMDS

Terima kasih YMDS