Template by:
Free Blog Templates

10 April 2010

20 tahun tunggu hak milik




Akhirnya penantian lebih 20 tahun peserta Rancangan Tanah Felcra di Tebing Tinggi/Sungai Marlow menerima geran atau hak milik mereka sempena lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, Khamis lalu.


Pada majlis yang diadakan di perkarangan Pejabat Felcra Gagasan Tebing Tinggi/Sungai Marlow, hak milik tersebut membabitkan kira-kira 70 orang peserta dengan keluasan tanah lebih 400 ekar.


Dr Zambery dalam ucapan beliau menyeru agar mereka yang telah menerima hak milik tersebut menggelakan diri daripada menjualkan tanah tersebut demi masa depan anak-anak dan keluarga mereka.


Mereka dalah rakyat yang bertuah dan bernasib baik untuk mendapat peluang memilikki tanah yang menghasilkan pendapatan yang mampu menanggung keluarga mereka.


Menteri Besar berbangga kerana, ramai diantara peserta tersebut telah berjaya menanggung pelajaran anak-anak mereka haingga ke peringkat Universiti.


Pada majlis tersebut, Ketua Peserta, Noh bin Chik telah memberi taklimat mengenai projek yang dijalankan di tanah rancangan tersebut termasu menernak Lembu Fidlot dan Kambing.


Pegawai Daerah Larut,Matang dan Selama (LMS) serta Pegawai-Pegawai Felcra Negeri dan Daerah turut hadir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu daripada masalah lambat pindah milik kerana selalunya ia melibatkan agensi lain.

Maklumlah kalau nak buat surat, isi borang, contact sana contact sini kerjanya sangat remeh temeh, Cuma orang yang pernah menjadi setiausaha yang sukakan kerja surat menyurat, isi borang, talipon sana dan talipon sini.

Saya rasa salah satu daripada kelemahannya ialah disebabkan kerajaan tanah daerah/negeri tidak ada juruukur sendiri.

Mereka harapkan juruukur swasta paling cepat mereka boleh buat dalam 6 bulan. Ini pun kalau bayar lebih.

Sekian. Terima kasih YMDS kerana sudi membaca komen saya yang agak lewat ini.